Pelakon Fatiya Latiff tampil menjelaskan salah faham mengenai beberapa laporan yang mengatakan dirinya kini seorang peguam.
Menurut Fatiya, dia bertugas sebagai seorang kerani di firma guaman, bukan seorang peguam bertauliah.
Tambah Fatiya lagi semuanya disebabkan salah faham yang tidak disengajakan kerana terlepas pandang.
“Salam…Saya ingin menegaskan bahawa saya bertugas sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman.
“Saya bukanlah merupakan seorang peguam bertauliah sebagaimana yang digambarkan dan difahami oleh sebahagian pihak.
“Sesungguhnya in adalah salah faham yang tidak disengajakan di mana saya telah terlepas pandang,” katanya.
Disebabkan itu, Fatiya memohon maaf sekiranya hantarannya sebelum ini menimbulkan kekeliruan.
“Saya memohon maaf kepada semua pihak sekiranya sebarang kenyataan saya di media sosial saya telah menimbulkan kekeliruan kepada mana-mana pihak,” katanya.
Terdahulu menerusi perkongsian di Instagram, Fatiya memuat naik foto berserta kapsyen ‘officially a legal assistant’ sekali gus mencetuskan dakwaan dia kini bekerja sebagai pengamal perundangan.
Fatiya mula berkongsi tentang dirinya yang bekerja di firma guaman Tawfeek Badjenid & Partners, sejak Jun lalu. – BOOM!