Semalam boleh dikatakan konflik di antara pelakon, Izreen Azminda dan bekas madu, Intan Saleh kembali hangat setelah kedua-duanya dilihat seakan-akan berbalas kenyataan menerusi Instagram.
Selepas Izreen serta suaminya, Ude Wahid meluahkan rasa kesal mengenai seorang individu yang sering ‘membuat cerita’ di platform sosial media, Intan juga memuat naik status menyatakan dirinya sukar memaafkan pihak belah sana kerana susah melupakan perkara yang telah terjadi.
Terbaharu, Izreen membalas hantaran tersebut di IG Story miliknya dan mengajak Intan untuk bersemuka dengannya seandai ada perkara yang masih dipendam.
Bahkan pelakon tersebut mendakwa bahawa Intan telah pun memanupulasi cerita sebenar hingga menampakkan Izreen serta suaminya kelihatan buruk di mata umum.
Dalam pada itu, Izreen turut mempertahankan diri bahawa dirinya jarang sekali menulis perkara buruk mengenai pihak sana di laman media sosial berbanding Intan yang sering mengaitkan mereka suami isteri biarpun masing-masing sudah mempunyai keluarga sendiri. – BOOM!