Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Penuhi Permintaan Peminat, D’Masiv Adakan Konsert Sulung Di Kuala Lumpur

18/03/2023
Fiza KamarudinbyFiza Kamarudin
in Celebrity, Concert
Penuhi Permintaan Peminat, D’Masiv Adakan Konsert Sulung Di Kuala Lumpur

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Demi memenuhi permintaan peminat di Malaysia, kumpulan berasal dari Indonesia, D’Masiv bakal mengadakan konsert berprestij, D’Masiv 20AD To The World – Live In Kuala Lumpur.

Konsert anjuran Neptunes Presents itu juga buat julung kalinya diadakan khusus untuk meraikan sambutan ulang tahun ke-20 perjuangan legasi muzik.

Menerusi temubual secara virtual baru-baru ini, Rian berkata, mereka kini sibuk membuat persiapan untuk menjayakan konsert berkenaan.

“Beberapa bulan lalu, saya sempat menulis ciapan di Twitter dan ramai peminat yang inginkan kami hadir ke Malaysia untuk mengadakan konsert. Jadi, itu membuatkan kami sangat teruja untuk mengadakan persembahan di sini.

“Sebelum ini, kami sudah beberapa kali hadir ke Malaysia, tetapi sekadar mempromosikan album dan sebagainya. Kalau buat persembahan pun, tampil bersama pemuzik lain seperti Nidji dan Geisha.

“Justeru, konsert ulang tahun ke-20 ini akan menjadi taruhan pertama kami di Malaysia. Kami teruja akhirnya dapat bertentang mata dengan peminat yang menyokong D’Masiv selama ini,” katanya.

Konsert D’Masiv 20AD To The World bakal menggegarkan lokasi berprestij, Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.

D’Masiv dianggotai Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan,Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram).

D’Masiv bakal menghiburkan peminat menerusi antara 23 hingga 25 rangkaian lagu popular seperti Pergilah Kasih, Cinta Sampai Di Sini, Merindukanmu, Jangan Menyerah dan Cinta Ini Membunuhku.

Mengenai tema konsert, kata Rian, mereka mengangkat tema jelajah dunia untuk persembahan kali ini, sekali gus menyediakan susunan muzik berbeza mengikut kesesuaian peminat.

“Secara kebetulan, kami mahu mengadakan siri jelajah ke beberapa negara, tahun ini. Jadi, Malaysia akan menjadi negara pertama, kemudian disusuli negara lain seperti Indonesia, Australia dan Amerika Syarikat.

“Ada beberapa lagu dilakukan susunan muzik semula agar berbeza daripada versi asal. Tetapi, ada juga lagu yang akan dipersembahkan dalam versi asal untuk memenuhi permintaan peminat.

“Kami yakin peminat di Malaysia akan bersama menyanyikannya di pentas Zepp Kuala Lumpur,” katanya.

Walaupun sudah dua dekad berkecimpung dalam industri muzik, D’Masiv bersyukur masih diterima baik oleh peminat pelbagai generasi.

“Di Indonesia, kami sering bermain di festival muzik seperti Pentas Seni yang rata-rata penontonnya di kalangan pelajar sekolah menengah.

“Kami terkejut walaupun usia antara 15 hingga 17 tahun, mereka tahu lagu D’Masiv. Mungkin kerana lagu kami, jalan ceritanya sudah mula terkesan di hati mereka.

“Mungkin ada yang sudah mula sukakan seseorang, mula patah hati dan ada muncul rasa kerinduan kepada seseorang. Jadi, mungkin karya mula terkait dengan kisah mereka,” katanya.

Kata Rian, D’Masiv menggunakan platform media sosial untuk berinteraksi dengan peminat.

“Sekarang adalah era media sosial, jadi kami juga menggunakan platform ini dengan sebaik mungkin untuk berinteraksi. Mahu atau tidak, kami perlu mengikuti peredaran zaman.

“Ia sedikit sebanyak membantu untuk mendekatkan kami dengan peminat generasi baharu,” katanya.

Mengulas kolaborasi dengan artis Malaysia, D’Masiv sebelum ini pernah menyanyikan lagu Sahabat Selamanya yang juga lagu runut bunyi filem Boboiboy berkata, antara artis tempatan yang disenaraikan ialah Datuk Amy Search, Kugiran Masdo dan Bunkface.

“Jika di Indonesia, kumpulan popular sekarang adalah Kugiran Masdo. Memang nama mereka tular sekarang.

“Sebelum ini, kami pernah bekerjasama dengan Bunkface ketika menyanyikan lagu runut bunyi filem Boboiboy. Jadi, kalau ada peluang, kami mahu bekerjasama lagi,” katanya.

Sementara itu, penganjur konsert yang juga aktres terkenal, Nabila Huda berkata, D’Masiv adalah salah satu kumpulan Indonesia diminati sejak dahulu lagi, namun tidak pernah berpeluang menyaksikan konsert mereka di Kuala Lumpur.

“2023 adalah ulang tahun D’Masiv ke-20, jadi Neptunes Presents ingin membawa kumpulan popular ini bagi meraikan perjalanan muzik dan mendekati peminat di Zepp Kuala Lumpur.

“Saya dan keluarga sempat bercuti ke Jakarta, Indonesia, awal tahun ini. Secara kebetulan, kami kami diundang oleh teman rapat untuk bertemu dengan vokalis D’Masiv, Rian.

“Namun, tujuan asal pertemuan hanya untuk berkenalan. Tiada perancangan pun melamar D’Masiv untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, pengurus D’Masiv amat teruja dengan penganjuran konsert pertama Senandung Malam membabitkan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca yang dibawakan Neptunes Presents pada November, tahun lalu.

“Dari situ, timbul idea sekiranya kami berminat berkolaborasi dengan D’Masiv dalam menganjurkan Senandung Malam Volume 2 di Kuala Lumpur,” katanya

Anak kepada rockers legenda, Amy Search itu berkata, D’Masiv akan muncul dalam persembahan selama 120 minit pada 2 Jun depan.

“Ini adalah kemunculan pertama D’Masiv di Kuala Lumpur. Jadi, sudah tentu pilihan lagu daripada album pertama sehingga album terbaharu yang akan disampaikan,” katanya.

Hingga kini, D’Masiv sudah menghasilkan tujuh album iaitu Perubahan pada 2008, Perjalanan (2009), Persiapan (2012), Hidup Lebih Indah (2014), D’Masiv (2016), Love (2019) Time (2022).

Tiket konsert antara RM198 hingga RM458 boleh didapati menerusi laman web, www.startix.live bermula semalam (Jumaat), jam 11 pagi. – BOOM!

Previous Post

[V] Mata Iqbal Mazlan Buta Sebaik Bangun Tidur – “Sekarang Saya Langsung Tak Nampak”

Next Post

Uqasha Dituduh Pembuli | Wani Lancar Tabung | Intan Salleh Perkenal Peguam | Artis Komedi Bikin Kecoh

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Lama Pendam, Syamsul Akhirnya Dedah Kecurangan Sarah – “Saya Nak Cakap Pun Malu!”

    Lama Pendam, Syamsul Akhirnya Dedah Kecurangan Sarah – “Saya Nak Cakap Pun Malu!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Baru Sekarang?” – Dakwa Syamsul Terbabit Zina, Sarah Pelik Dikatakan Curang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Hari Bertarung Nyawa, Chaq Mentor Hembus Nafas Terakhir Akibat Pendarahan Dalam Kepala

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy, Chaq Mentor Ditidurkan – “Dia Kena Langgar, Tapi…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Allah Maha Mengetahui Apa yang Berlaku…” – Fadzil Zahari Enggan Ulas Kemelut Rumah Tangga Farid

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca Puteri Cedera Disorok | Diana Mohon Cerai | Rumah Ali Disita | Zoey Terima SEBA Awards

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Selit Klip Porno Gay Dalam Entri Instagram, Rapper Singapura Sengaja Cetus Sensasi?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Farid Kamil Cuba Selamatkan Rumah Tangga – “Saya Masih Sayangkan Diana, Tanyalah Dia Apa Masalah Dia…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Usahawan Selebriti Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Berlaku Kemelut Antara Aaron Dan Syamsul? Soffi Jikan Dedah Hal Sebenar – “Memang Betul”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “B*toh!” – Artis Komedi Bikin Kecoh, Maki Pemandu Konon Halang Laluan Padahal Silap Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lama Pendam, Syamsul Akhirnya Dedah Kecurangan Sarah – “Saya Nak Cakap Pun Malu!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Doktor Wanita Tuntut RM150,000, Suami Julia Farhana Didakwa Lari Daripada Bayar Hutang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy, Chaq Mentor Ditidurkan – “Dia Kena Langgar, Tapi…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bergelar Jutawan Selepas Jual Tudung, Aktres Popular Disaman Rakan Niaga Sebab Lupa Diri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Baru Sekarang?” – Dakwa Syamsul Terbabit Zina, Sarah Pelik Dikatakan Curang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ramai Terkejut Lihat Reaksi Puteri Sarah Sebaik Diberitahu Syamsul Yusof Merinduinya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tiri Miera Leyana Dedah Sikap Bapa Selepas Berpoligami – “Kenapa Ayah Berubah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Derita Terkena Buatan Orang Konon, Padahal Hisap Dadah – “Kesian Bini Dia Kena Belasah”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Kontroversi Watak ‘Abah’ Dalam Mentega Terbang, Firdaus Hanya Jalan Tanggungjawab Sebagai Pelakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Vokalis Band Lelaki Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Tiba Masa Untuk Saya Buat Pengumuman Ke Arah Sesuatu Yang Lebih Baik….” – Janna Nick

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diabai Suami, Anak-anak Tidak Diberi Nafkah, Madu Miera Leyana Bawa Kes Ke Mahkamah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd