Selebriti dan pempengaruh media sosial terkenal, Hanis Zalikha telah dilantik untuk menjadi duta bagi jenama pakaian Muslimah, Innersejuk dengan potensi kontrak bernilai USD 1 juta atau RM4.2 juta.
Menurut Pengarah Urusan Innersejuk, Azrul Izzam, pihak mereka telah bekerjasama dengan lebih dari 300 selebriti dan pempengaruh tempatan.
Dalam banyak-banyak selebriti yang mereka pernah bekerjsama, Hanis paling menepati kriteria untuk diangkat sebagai duta.
“Innersejuk memperjuangkan idea seorang wanita yang kuat dan memperkasakan wanita. Hanis merupakan seorang usahawan yang berjaya dan juga merupakan seorang ibu dan isteri.
“Pada masa yang sama dia berjaya untuk menggalas segala tanggungjawabnya dengan penuh dedikasi dan elegan.
“Kami rasa dia memenuhi nilai jenama kami,” katanya ketika ditemui pada majlis memperkenalkan Hanis sebagai duta.
Ditanya tentang jumlah kontrak yang ditawarkan begitu tinggi nilainya, kata Azrul tujuan utama mereka adalah untuk memasarkan Innersejuk di luar negara dan menampilkan Hanis sebagai pempengaruh Muslimah yang bertaraf dunia.
“Untuk memastikan kita ada influencer terbaik di dunia, kami perlu memastikan Hanis bersedia bekerjasama dengan kami untuk membawa jenama ini ke mata dunia.
“Saya sangat berbesar hati bila mendapat tawaran seperti ini kerana seperti yang semua tahu saya sudah lama tidak aktif dalam bidang seni.
“Namun apabila dapat tawaran besar seperti ini saya rasa macam boleh sumbangkan sesuatu untuk jenama lain,” jelasnya.
Sementara itu, Hanis pula akui ia adalah tawaran paling lumayan pernah diterima selam bergelar selebriti.
“Kenapa saya terima untuk menjadi duta kepada Innersejuk bukan terletak kepada nilai kontrak itu semata-mata.
“Saya berbesar hati nak pegang amanah ini dan bawa visi jenama ini kerana nilai yang mereka letakkan kepada diri saya.
“Jika sebelum ini saya dilantik menjadi duta jenama lain atas kapasiti seorang selebriti.
“Tetapi Innersejuk mereka mahukan sumbangan saya dari segi idea, visi dan apa sahaja yang saya boleh berikan.
“Sewaktu mereka mengambil saya, mereka sedar semua ‘role’ dalam kehidupan saya, maksudnya jenama-jenama yang pernah saya kerjasama.
“Mereka mahukan komitmen itu, mereka nampak dan mereka tahu apa yang mereka nak dan apa yang saya boleh tawarkan dan perkara itu jelas apabila mereka buka nilai kontrak,” katanya.
Buat pertama kalinya Hanis akan turut serta dalam kempen Innersejuk, menonjolkan koleksi telekung terbaharu.
Koleksi telekung Suqainah ini telah pun berada di pasaran di semua platform online dan di outlet Innersejuk. – BOOM!