Pelakon Mimi Lana membuat luahan sedih di platform X, seolah-olah menggambarkan perasaan kecewa dan seperti sedang dibebani masalah.
Menurut Mimi, dia tidak pernah mengganggu kehidupan atau menyakiti orang lain.
Kata Mimi lagi, mengapa ada pihak sanggup menambah beban disaat dia sedang melalui ujian berat dalam hidupnya.
“Saya tak pernah kacau hidup orang apatah lagi menyakiti hati orang.
“Terima kasih kerana anda telah menimbulkan satu lagi masalah di kala saya sedang menghadapi ujian yang sangat berat di dalam hidup ketika ini. Tapi jangan memandang rendah diam saya,” katanya.
Bagaimanapun, hantaran tersebut dipadam Mimi tidak lama kemudian.
Terdahulu, nama Mimi terpalit kontroversi kerana pembatalan perkahwinannya bersama pelakon Syafiq Kyle.
BACA: Mimi Lana & Syafiq Kyle Batal Pernikahan, Kenapa?
Sehingga kini pasangan selebriti itu masih mengunci mulut mengenai pembatalan majlis pernikahan mereka. – BOOM!