Pelakon Kilafairy telah meluahkan rasa bimbang terhadap keadaan terkini ibunya, penyanyi Rohana Jalil.
Kila menerusi ruangan Instagram Story telah memuat naik foto dia menggenggam tangan ibunya dengan kata-kata yang menyentuh hati.
“Hoping for a miracle. Not letting you go, ma (mengharap pada keajaiban, tidak akan lepaskan Mama pergi),” katanya yang turut meletakkan emoji hati di penghujung ayat.
Terdahulu, portal mStar melaporkan, keadaan Rohani kini semakin lemah apabila kuman sudah mula merebak ke beberapa organ penting seperti buah pinggang dan paru-paru.
Disebabkan itu menurut doktor, jantung Rohana berpotensi untuk jantungnya berhenti pada bila-bila masa.
Penyanyi Rayuanku itu masih dirawat di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kuala Lumpur.
Bagaimanapun Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil, 68, berada dalam keadaan stabil.
Rohana dimasukkan ke hospital sejak April lalu selepas disahkan mengalami kebocoran usus.
Dilaporkan, Rohana juga tidak boleh makan dan minum kerana ususnya yang bocor dan hanya bergantung kepada antibiotik untuk proses penyembuhan.
Pengurus Rohana, dikenali sebagai Jepun juga mendedahkan penyanyi popular 80an itu tidak lagi menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) kerana penggunaan mesin rawatan sudah tidak mampu lagi merawatnya.
Berkongsi punca sebenar masalah kesihatan Rohana, Jepun menjelaskan Rohana pernah menjalani pembedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik.
Rawatan itu dibuat susulan mendapat khidmat nasihat daripada doktor, namun semuanya bertukar menjadi lebih rumit akibat kesan yang dialami pada usus.
Pada April lalu, Rohana dilaporkan kritikal dan dimasukkan ke ICU HCTM (UKM) akibat mengalami kebocoran usus. – BOOM!