Cef selebriti tersohor, Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan ternyata amat senang dengan kerenah menantu baharunya yang juga suami kepada Serina iaitu Meor Mohammad Aidid Meor Jamaluddin.
Tampil mendedahkan sikap Meor yang juga seorang pegawai kanan polis berpangkat Inspektor, menyifatkan lelaki itu sangat ringan mulut.
“Menantu kali ini tak bangsat. Senang nak ajak borak, tak sombong atau dick head (besar kepala). Mana saya nak bantu saya bantu. Lagipun, anak dan menantu sendiri,” pujinya berbesar hati.
Menurutnya, dia juga menghulurkan sedikit wang buat anak perempuannya dan suami sebagai hadiah kecil serta berhasrat membelikan mereka set sofa baharu.
Justeru, rata-rata pengikut akaun Instagram miliknya menumpang rasa bahagia melihat perkongsian personaliti masakan terkenal dunia itu bercerita tentang keluarganya.
“Kasih seorang bapa tiada sempadan. Semoga DCS dikurniakan lagi rezeki melimpah ruah,” tulis seseorang
Terdahulu, nama Serina menjadi tumpuan selepas mengumumkan dirinya telah selamat bergelar isteri buat kali kedua.
Namun hari bahagia pelakon itu bertukar sebaliknya apabila Chef Wan meluahkan rasa kecewa apabila hanya mengetahui berita pernikahan anaknya itu daripada orang lain. – BOOM!