Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Mahkamah Perintahkan Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000 Kepada Bekas Isteri

09/11/2021
Deegun RahmanbyDeegun Rahman
in Entertainment, Exposé, Extra
Mahkamah Perintahkan Awie Bayar Ganti Rugi RM80,000 Kepada Bekas Isteri

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Mahkamah Rayuan hari ini memerintahkan penyanyi rock terkenal, Datuk Awie membayar ganti rugi berjumlah RM80,000 kepada bekas isterinya, Rozana Misbun akibat kecederaan parah yang dialami wanita itu selepas diserang dalam tiga kejadian berasingan, tujuh tahun lalu.

Menurut laporan Utusan Malaysia, Awie atau Ahmad Azhar Othman, 53, diperintah membayar ganti rugi am sebanyak RM30,000 atas kecederaan dideritai Rozana, 43 serta ganti rugi teruk RM50,000 kerana tekanan dan malu yang ditanggungnya.

Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Nor Bee Ariffin yang bersidang bersama Datuk S. Nantha Balan dan Datuk Ghazali Cha sebulat suara menolak rayuan pelakon itu dengan kos RM15,000 dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Shah Alam dan Mahkamah Tinggi yang mengesahkannya.

Hakim Nor Bee ketika membaca keputusan itu berkata, ganti rugi am dan ganti rugi teruk yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen adalah adil dan munasabah berdasarkan kecederaan dialami Rozana serta mengambil kira keadaan kes yang khusus dan pelik melibatkan lokasi serta masa kejadian.

Beliau ketika membacakan keputusan itu turut menyatakan, ketiga-tiga serangan berlaku pada hari yang sama pada 2 April 2014 yang mana kejadian pertama dan kedua diakui perayu yang juga bekas vokalis kumpulan rock terkenal, Wings.

Insiden pertama berlaku di rumah kelamin di Ukay Perdana, Hulu Klang di hadapan anak-anak mereka, pembantu rumah dan pemandu, kejadian kedua di hadapan kaunter Permodalan Nasional Berhad (PNB) di Jalan Tun Razak, manakala insiden ketiga di kawasan parkir lokasi sama.

Malah ketiga-tiga insiden membawa kepada pendakwaan terhadap perayu di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan yang mana beliau dikenakan kompaun RM10,000 dan dianggap bebas daripada tuduhan itu selepas membayarnya kepada Rozana yang juga adik kepada pelakon Haliza Misbun.

Mahkamah tidak bersetuju dengan hujahan peguam perayu bahawa Rozana terhalang daripada memfailkan tindakan sivil berhubung kejadian pukul dan tort hentaman (battery) dalam insiden pertama.

Pada hemat barisan panel, tindakan kompaun adalah berkaitan prosedur dan undang-undang jenayah dan tidak mempunyai kesan terhadap hak responden memfailkan tindakan sivil terhadap bekas suaminya bagi mendapatkan remedi berdasarkan fakta dalam insiden pertama.

Mahkamah juga berpuas hati, Awie kemudian didakwa terhadap pertuduhan kedua di bawah Seksyen 323 kanun yang sama dan didenda RM2,000 manakala tiada pertuduhan dikenakan bagi insiden ketiga.

Panel itu juga berpendapat, Mahkamah Sesyen yang mendengar keterangannya mendapati Rozana seorang saksi yang boleh dipercayai yang kemudian disahkan oleh Mahkamah Tinggi bahawa ketiga-tiga insiden itu benar-benar berlaku.

Sehubungan itu, panel tersebut berpuas hati, Mahkamah Sesyen tidak terkhilaf atau tersalah arah dari segi undang-undang ketika mencapai keputusannya membenarkan tuntutan saman Rozana manakala Mahkamah Tinggi betul ketika mengesahkannya pada September 2018.

Dalam prosiding hari ini, peguam Hazman Harun mewakili Awie manakala Azlan Abd. Roni, Ahmad Fakhri Abu Samah dan Nasyrah Ezzan Ali mewakili Rozana selaku responden.

Rozana memfailkan saman sivil atas perbuatan tort hentaman (battery) atau pukul yang dilakukan oleh Awie pada 2 April 2014 di beberapa kawasan pada hari yang sama.

Rozana turut menuntut ganti rugi atas kecederaan-kecederaan yang ditanggungnya antaranya keretakan pada bahagian tulang rusuk ke sembilan dan kesepuluh, lebam-lebam di bahagian muka, telinga kiri, leher bahagian kiri, lengan, ketiak, dada, bilateral periorbital dan hidung.

Saman itu juga termasuk penderitaan dialami Rozana antaranya luka, lebam, sakit, kesengsaraan dan kesukaran untuk bernafas termasuk kos rawatan di hospital dan juga malu yang terpaksa ditanggungnya.

Pada Mac 2016, Awie dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Majistret Ampang daripada tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan parah terhadap Rozana di rumah mereka, selepas membayar kompaun sebanyak RM10,000.

Mahkamah memerintahkan Awie membayar kompaun itu, selepas beliau membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Rozana.

Sementara itu pada Mei 2016, artis terkenal itu didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Kuala Lumpur selepas mengaku bersalah mendatangkan kecederaan terhadap Rozana di kaunter PNB Jalan Tun Razak, pada tarikh sama.

Awie dan Rozana berkahwin pada 20 Jun 2005 dan dikurniakan tiga anak iaitu Putra Ahmad Merrah, Putra Ahmad Rezzki dan Puteri Qasseh Antasha. Pasangan itu kemudian bercerai secara sah pada 1 November 2014. – BOOM!

Previous Post

“Dua Hari Terasa Sakitnya” – Mzul Helmy Pasrah Dilempang Ayu Ayuni

Next Post

“Jangan Tuduh Sembarangan!” – Amzar Mohon Henti Sebar Berita Palsu Fasal Bunga

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Madammu Dipilih Sebagai Usahawan Selebriti Paling BOOM! Disaingi Aleeya Zailan

    Madammu Dipilih Sebagai Usahawan Selebriti Paling BOOM! Disaingi Aleeya Zailan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Sambil Pegang Al-Quran, Aaron Bersumpah Dianiaya Syamsul – “Ajak Jumpa Kau Tak Nak!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Syamsul Yusof Tepis Dakwaan Puteri Sarah Lakukan Persetubuhan Luar Nikah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Akhirnya Syamsul Dedahkan Punca Aaron Aziz Gugur – “Penerbit Kata Dia Dah Tua, Gemuk!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Syamsul Yusof Tak Mahu Gaduh Dengan Aaron Tapi Bakal Saman Farid Kamil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kalau Sayang Cakap Je Lah!” – Mierul Aiman Bagi Qasrina Pick-Up Line

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Baru Sekarang?” – Dakwa Syamsul Terbabit Zina, Sarah Pelik Dikatakan Curang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Puteri Sarah Sah Fail Hak Penjagaan Anak-anak – “Kes Semalam Tu Pun Tiba-tiba Kan?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lama Pendam, Syamsul Akhirnya Dedah Kecurangan Sarah – “Saya Nak Cakap Pun Malu!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Usahawan Selebriti Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Berlaku Kemelut Antara Aaron Dan Syamsul? Soffi Jikan Dedah Hal Sebenar – “Memang Betul”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Lama Pendam, Syamsul Akhirnya Dedah Kecurangan Sarah – “Saya Nak Cakap Pun Malu!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Baru Sekarang?” – Dakwa Syamsul Terbabit Zina, Sarah Pelik Dikatakan Curang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “B*toh!” – Artis Komedi Bikin Kecoh, Maki Pemandu Konon Halang Laluan Padahal Silap Sendiri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Doktor Wanita Tuntut RM150,000, Suami Julia Farhana Didakwa Lari Daripada Bayar Hutang?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pendarahan Dalam Kepala, Abang Stacy, Chaq Mentor Ditidurkan – “Dia Kena Langgar, Tapi…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Madammu Dipilih Sebagai Usahawan Selebriti Paling BOOM! Disaingi Aleeya Zailan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Ramai Terkejut Lihat Reaksi Puteri Sarah Sebaik Diberitahu Syamsul Yusof Merinduinya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tiri Miera Leyana Dedah Sikap Bapa Selepas Berpoligami – “Kenapa Ayah Berubah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Derita Terkena Buatan Orang Konon, Padahal Hisap Dadah – “Kesian Bini Dia Kena Belasah”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Kontroversi Watak ‘Abah’ Dalam Mentega Terbang, Firdaus Hanya Jalan Tanggungjawab Sebagai Pelakon

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Tiba Masa Untuk Saya Buat Pengumuman Ke Arah Sesuatu Yang Lebih Baik….” – Janna Nick

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Diabai Suami, Anak-anak Tidak Diberi Nafkah, Madu Miera Leyana Bawa Kes Ke Mahkamah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nama Syella Dikaitkan Dengan Kontroversi Bekas KPN – “Lah Nama Kena Petik…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd