Pelakon yang kini bergelar pengarah dan penerbit iaitu Liyana Jasmay baru-baru secara lantang menegur segelintir pemain industri seni yang mempertikaikan karyanya.
Menerusi entri di akaun Instagram, Liyana menegaskan kreativiti seseorang pengkarya itu tidak terhad kepada dunia realiti dan logik semata-mata.
“Macam mana pembikin filem nak buat cerita berkualiti kalau belum apa-apa kau dah tanya logik ke tak?
“Kau matikan minda kreativiti orang seni tahu tak? Kalau nak ikut logik sangat, jangan buat cerita fiksyen (cereka), buat je pasal realiti dunia sebenar,” luahnya di ruangan IG Story.
Kenyataan yang dikeluarkan oleh Liyana di Instagram itu telah mendapat reaksi positif daripada pengikutnya.
Rata-ratanya bersetuju dengan pandangan Liyana dan menganggap industri filem Malaysia sukar berkembang sekiranya sikap begitu tidak dihapuskan.
Terdahulu, tular foto aktres berkenaan tampil menunjukkan isyarat jari tengah beserta kapsyen yang agak ‘kasar’, bagaimanapun Liyana tidak menyebut mana-mana nama individu dan tidak tahu hantaran tersebut ditujukan kepada siapa.
“For you aciks mulut bawang, you perv and busybody outsiders!” tulisnya.
Untuk rekod, Liyana sebelum ini sudah menerbit dan mengarahkan beberapa buah filem seperti Bella & Jamie, Cinta vs Hantu termasuk drama bersiri The Gadis dan Life Lila. – BOOM!