Tak semena-mena pelakon Diana Danielle menjadi topik perdebatan netizen apabila memuat naik ‘content’ di Instagram.
Diana, menerusi hantaran di laman sosial tersebut kononnya sedang keluar berjanji temu dengan seseorang dengan menulis kapsyen, “P.O.V: You’re on a date with me”.
Bagaimanapun di ruangan komen ramai pula yang menegur dan mengingatkan bekas isteri kepada aktor Farid Kamil tentang iddah, iaitu larangan kepada wanita yang baru bercerai.
Selain itu, ada juga yang menyangka Diana sudah bertemu pengganti Farid, sedangkan tangan yang dipegang merupakan sahabatnya, seorang wanita.
Mungkin kerana terlalu menyayangi Diana, pengikut turut menegur penampilan ibu kepada dua orang anak tersebut dan memintanya menghormati tempoh iddah.
Diana dan Farid itu bercerai talak satu pada 10 Ogos lalu menerusi aplikasi Google Meet di hadapan Hakim Syarie, Shukran Yusof sebaik sahaja mahkamah membenarkan permohonan cerai difailkan Diana mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.
BACA: Farid Kamil, Diana Danielle Sah Cerai Talak Satu…Lafaz Dilakukan Menerusi Aplikasi Google Meet
Farid dan Diana mendirikan rumah tangga pada 3 November 2012 dan melalui perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Muhammad, 10, dan Nur Aurora, 8. – BOOM!