Susulan rekod perubatan milik isteri pempengaruh Alif Teega iaitu Aisyah Hijanah tular, klinik tersebut tampil memberikan kenyataan rasmi.
Kenyataan itu dikeluarkan ole pihak pengurusan Kumpulan Megaklinik Zahran menerusi hantaran di akaun Instagram rasminya pada Rabu.
View this post on Instagram
A post shared by Klinik Mega Mesra Keluarga (@kumpulan_megaklinik_zahran)
Menurut klinik tersebut, mereka memandang serius mengenai penjagaan data dan tidak pernah sekalipun menyebarkan laporan perubatan pesakit.
“Berikutan status yang tular di laman sosial berkenan laporan perubatan pesakit bernama Aisha Hijanah Bt Azhari, pihak Megaklinik Zahran menafikan penyebaran laporan perubatan ole pihak klinik.
“Pihak kami amat memandang serius penjagaan data pesakit dan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh KKM,” tegas pihak pengurusan klinik tersebut.
Bagaimanapun diruangan komen hantaran berkenaan, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi terutamanya mengenai penafian klinik tentang penyebaran laporan tetapi bukan pada rekod perubatan itu.
Terdahulu, Alif Teega sekali lagi mendapat perhatian apabila seorang individu menunjukkan rekod perubatan yang didakwa kepunyaan isteri pertamanya, Aisyah Hijanah di Platform X.
Menerusi perkongsian it, dapat dilihat rekod tersebut menerangkan Aisyah membuat aduan didera ole Alif pada 9 November lalu.
Rekod itu turut mendakwa Alif memegang tangan kanan Aisyah dengan kasar dan menolaknya ke lantai.
Selain itu, rekod itu juga menyatakan Alif melempang Aisyah pada bahagian kiri kepala dan telinga. – BOOM!
Sumber: GEMPAK