Selebriti versatil, Kelly Azman tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang melakukan gangguan seksual terhadapnya.
Kelly Azman ketika ditemui BOOM! berkata, individu tidak dikenali terbabit sering menghantar mesej lucaj kepadanya menerusi Instagram.
“Mula-mula saya tak peduli, tetapi lama kelamaan makin menjadi. Dia hantar kata-kata kurang sopan dan lucah.
“Saya tidak teragak-agak untuk mengambil undang-undang sekiranya dia masih melakukan gangguan seksual terhadap saya,” katanya.
Menurut Kelly, jika dia membuat laporan polis selepas ini, ia adalah untuk melindungi diri dan memberi pengajaran kepada pihak tidak bertanggung jawab terbabit.
Tambahan lagi katanya, perbuatan individu itu berpotensi untuk merosakkan imejnya yang merupakan seorang public figure.
“Agak tidak beradab bila ada akaun palsu ini wujud untuk buat begini pada saya. Mesej itu juga mengaibkan seksualiti dan nafsu. Ini tidak sihat.
“Saya ini public figure, orang kenal, perkara sebegini amat memalukan.
“Dalam pada itu, pelantun lagu No No No itu menegaskan dia tidak teragak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya kejadian sama berulang lagi.
“Saya suspek ini datang daripada orang di sekeliling saya yang buat akaun palsu dengan niat bergurau, tapi tidak elok untuk fizikal dan mental. Untuk individu tolong berhenti berbuat demikian,” tegas Kelly.
Terdahulu, Kelly memuat naik tangkapan skrin layar memaparkan mesej yang diterima daripada seorang inidvidu lelaki yang mengajak dia untuk melakukan hubungan terkutuk. – BOOM!