Pelakon jelita Che Puan Juliana Evans selamat melahirkan cahaya mata kedua iaitu bayi perempuan pada pukul 8:26 pagi tadi.
Juliana menerusi hantaran yang dimuat naik dalam Instagram miliknya memanjatkan kesyukuran atas kurniaan daripada Allah SWT itu.
“Kelahiran adalah permulaan mendalam kepada kerohanian yang dimiliki oleh seseorang wanita.
“Alhamdulillah sekarang saya merupakan ibu kepada dua cahaya mata,” katanya ringkas.
Juliana berkahwin dengan kerabat diraja Selangor, Tengku Shariffuddin Shah Tengku Sulaiman Shah pada 2017.
Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Tengku Kamiliah Zanariah Josephine Ehsan Shah Tengku Shariffuddin yang kini berusia empat tahun. – BOOM!