Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Boom! Malaysia
No Result
View All Result
 
 

“Job Saya Tak Pernah Putus” – Jarang Muncul Di TV, Ani Maiyuni Tetap Laku Diundang Menyanyi

16/11/2021
Deegun RahmanbyDeegun Rahman
in Entertainment, Exposé, Extra
“Job Saya Tak Pernah Putus” – Jarang Muncul Di TV, Ani Maiyuni Tetap Laku Diundang Menyanyi

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Peserta Gegar Vaganza musim kelapan (GV8), Ani Maiyuni memberitahu, keputusannya menyertai program realiti popular berkenaan bukan disebabkan dirinya tidak laku.

Malah kata Ani atau nama sebenarnya Aishah An-Nur Osman, 43, berkata, dia setuju menerima tawaran daripada pihak produksi Astro kerana mahu mengubati rindu para peminatnya.

“GV8 merupakan platform terbaik memberitahu umum tak kiralah peminat lama atau baharu bahawa saya masih bergiat aktif dalam industri seni hiburan di Malaysia.

 

“Tetapi jangan salah anggap. Artis masuk GV bukan disebabkan mereka tiada job.

“Ikutkan, ramai rakan penyanyi yang pernah sertai musim terdahulu ketika ditawarkan jadi peserta, job mereka tak putus, masih laku.

“Misalnya saya sendiri, jarang muncul di kaca televisyen (TV) tak bermaksud saya tak ada job.

“Cuma undangan nyanyian yang diterima lebih kepada menjayakan majlis atau acara korporat dan persendirian,” ujar Ani.

Bahkan penyanyi dangdut yang dikenali menerusi single Terang Bulan itu berpendapat, para peserta lain juga rata-ratanya berkongsi alasan hampir serupa.

GV8 turut disertai Suki, Shidee, Datuk Fazley Yaakob, Senario, Azan Scan, Aweera, Nikki Palikat, Upiak Isil, Aliff Aziz, Bandi Amuk, Adibah Noor dan Nico G selain Ani sendiri.

“Bermula musim pertama GV dianjurkan, saya pernah tanya beberapa rakan sebab musabab penyertaan mereka dalam rancangan ini.

“Tiba saja musim baharu, saya masih tanyakan soalan sama kepada peserta yang menyertainya dan jawapan diberikan tak jauh beza.

“Dari situ, terdorong untuk mencuba nasib sementelah pada masa sama, peminat-peminat juga sering meminta agar nama saya tersenarai kerana mahu lihat persembahan live di atas pentas gah dan besar.

“Alhamdulillah, musim ini Allah makbulkan permintaan mereka untuk kembali melihat saya menyanyi dan menghiburkan audiens menerusi siaran langsung di saluran Astro Ria,” kata Ani teruja ingin menonjolkan keupayaan vokalnya mendendangkan pelbagai genre muzik selain irama dangdut atau tradisional yang menjadi ‘makanannya’ sekian lama.

Info tambahan, Ani memulakan kariernya dalam bidang nyanyian sejurus julung kali menjadi peserta pertandingan Bintang HMI 1995 bersama-sama Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Sebaik tamat persaingan, anak kelahiran Pulau Pinang itu bersama dua gadis, Rina dan Iera menubuhkan trio dinamakan Sugar dan sempat popular dengan sebuah lagu hit berjudul Asalkan Bahagia. Namun jodoh mereka bertiga tidak lama setelah Ani dilamar syarikat rakaman membentuknya artis solo memperjuangkan irama dangdut.

Ternyata percaturan Ani mengetengahkan genre tersebut adalah tepat apabila berjaya menggenggam trofi Album Dangdut Terbaik sempena penganjuran Anugerah Industri Muzik Keenam (AIM6) pada 1999 mempertaruhkan karya album sulung studionya, Sedap yang diterbitkan setahun sebelumnya. – BOOM!

Previous Post

Senyap-senyap Caprice Bergelar Suami, Janda Kelate Anak Satu Jodoh Pilihannya

Next Post

“Cantiknya Anis Sofea” – Warganet Mula Stalk IG Milik Bakal Isteri Haqiem Rusli

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dikatakan Sudah Menjadi Tunangan Syamsul Yusof, Akhirnya Ira Kazar Buka Mulut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Rasa Dia Dah Sangat Sedia Jadi Suami” – Erra Fazira Ucap Tahniah Kepada Shahir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kenapa Siti Kasim Nak Bidas Perkara Baik?” – Neelofa Pertahankan Kenyataan PU Riz

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “No Komen” – Idris Khan Bakal Keluarkan Kenyataan Rasmi Berhubung Saman Difailkan A Aida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Beto Angkat Wahid Pahlawan Terbilang, Mat Kilau Adunan Kemas Sejarah dan Fiksyen

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shila Amzah Luah Rasa Lega, ‘Perang Dingin’ 8 Tahun Bersama Media Berakhir

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tunggu Kenyataan Rasmi Saya” – Disaman A Aida, Amelia Henderson Perlu Masa Untuk Jawab

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Sudah Lama Hidap Kanser Ovari Tahap 4, Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Mereka Dah Melampau!” – A Aida Bakal Saman Amelia Henderson Dan Idris Khan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Pakai Bra Tak Tu?” – Azira Shafinaz Seakan-akan Berbogel, Pakai Baju Mencolok Mata

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor Popular Kena Tahan Reman Kerana Mengugut Bunuh Dan Belasah Orang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tolak Masuk TV, Rupa-Rupanya Hari Ini Tarikh Kak Dib Masuk ‘Rumah Baharu’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Tak Buat Satu Titik Dosa Pun!” – Azri Rugi Duit Kahwin RM8,000 Dek Fitnah Gadis ‘F’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Wanita Murtad | Konsert Bieber Batal | Adibah Noor Makin Kurus | Razzuan Buka Baju

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 

Boom! Bulan Ini

  • [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    [VIDEO] Diasak Spekulasi, Zara Zya Akhirnya Dedah Hubungan Sebenar Dengan Shuib Sepahtu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyanyi Popular Era 70-an Sanggup Murtad, Tukar Agama Hindu Demi Mahu Warisi Harta

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Saya Jadi Saksi Pernikahan Mereka” – FBI Kahwini Wanita Nama Nor Di Madinah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dikatakan Sudah Lama Hidap Kanser Ovari Tahap 4, Adibah Noor Disahkan Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ustaz Kazim Bongkar Punca Dirinya Disihir 6 Individu, Teresak-esak Datang Minta Maaf

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Tak Buat Satu Titik Dosa Pun!” – Azri Rugi Duit Kahwin RM8,000 Dek Fitnah Gadis ‘F’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tunggulah Nasib Orang Tua Kau Bila Dapat Tahu Anak Hisap G*nja” – PA Fify Azmi

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sebab Itu Kami Bercerai!” – Belum Habis Idah, Ellie Suriaty Tak Terkejut Azri Iskandar Nak Kahwin

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Wanita Murtad | Konsert Bieber Batal | Adibah Noor Makin Kurus | Razzuan Buka Baju

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Habis Tu Takkan Nak Mandi Pakai Jubah?” – Shuhaimi Nafi Jual Tubuh Pelakon Lelaki

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd