Pelakon Dini Schatzmann mengesahkan isterinya, Janna Nick sudah keluar dari hospital selepas beberapa hari dirawat akibat masalah radang usus.
Dini berkata, Janna memohon kebenaran untuk discaj lebih awal kerana terikat dengan jadual penggambaran.
Bagaimanapun akan menyambung semula rawatan selepas tiga hari dan memaklumkan isterinya itu berada dalam keadaan baik sekarang.
“Ya, betul Janna masuk hospital dan dah discaj. Keadaan isteri saya sehingga hari ini baik-baik sahaja.
“Ramai yang risaukan keadaan Janna dan bertanya kenapa dia keluar awal. Dia tak mahu susahkan pihak produksi jika menangguhkan kerjanya. Jadi dia mohon untuk keluar awal.
“Doktor benarkan, dengan syarat selepas tiga hari Janna kena kembali untuk ambil antibiotik di sini,” katanya.
Terdahulu Janna turut berkongsi keadaannya itu menerusi hantaran di Instagram (IG).
Melalui entri tersebut, Janna memaklumkan dia sudah pun dibenarkan pulang ke rumah, namun masih dalam proses pemulihan.
Dalam hantaran tersebut juga kelihatan Janna ditemani suaminya. – BOOM!