Orang kata kasih sayang seorang bapa lebih menitikberatkan soal keselamatan si anak, tidak kiralah dalam apa jua situasi sekali pun.
Perkara sama diterapkan oleh pelakon senior popular, Azhar Sulaiman kepada anak gadisnya, Kasih Leia Ixora.
Katanya dalam nada menasihati, Kasih perlu berhati-hati ketika memandu meskipun kenderaan dipandunya mempunyai berkelajuan maksima.
“Kasih, awak boleh pandu Range Rover ni, tetapi jangan sampai jadi macam….“ pesan Azhar di entri Instagram yang disertakan sebuah klip video kemalangan.
Menerusi video asal milik pempengaruh media sosial terkenal, Ryzal Ibrahim itu, dapat disaksikan kenderaan dipandunya telah menghentam sebuah MPV yang berada di hadapannya.
“Jangan salahkan kereta itu pula, bagi alasan ia terlalu laju untuk awak!” tegas Azhar lagi memberi peringatan. – BOOM!