Vokalis kumpulan Big Bang Taeyang tidak kisah apabila ramai yang menyangka bayinya seorang perempuan.
Bagi bintang K-pop ini, memberitahu bayi lelakinya itu dilahirkan pada November 2021 dan mewarisi wajah isterinya, Min Hyo Rin.
Dia hanya berkongsi wajah anaknya itu kepada umum selepas setahun dilahirkan.
“Dia dilahirkan pada November 2021 dan baru sahaja menyambut ulang tahun yang pertama baru-baru ini.
“Wajah dia mirip dengan isteri saya… walaupun lelaki tetapi dia tetap kelihatan cantik seperti ibunya,” katanya.
Taeyang berkongsi mengenai anaknya itu ketika muncul menerusi program Look Me Up di sebuah saluran YouTube.
Mengulas lanjut, penari dan komposer itu berkata, ramai keliru dengan jantina anaknya itu kerana wajahnya kelihatan seperti bayi perempuan.
“Kalau saya bawa dia keluar, peminat mesti akan tanya sama ada dia lelaki atau perempuan. saya memang selalu kena jelaskan yang anak saya ini lelaki.
“Bagi saya dia memang cantik. Sangat menawan dan berharga buat saya dan isteri,” katanya.
Taeyang yang popular dengan single Ringa Linga itu melangsungkan perkahwinan dengan Hyo Rin pada Februari 2018. – BOOM!