Memasuki tahun ketiga bergelar artis selepas dicungkil bakatnya menerusi sebuah program realiti nyanyian, seorang penyanyi baharu atau budak baru nak up (BBNU) mengakui dirinya hampir dicabul.
Berdasarkan maklumat yang Cik Lesung perolehi daripada sumber, individu yang cuba mencabuli penyanyi wanita berkenaan juga seorang BBNU.
BACA: Sengaja Cari Fasal, Personaliti TV Jelita Digantung Tugas Sebab Langgar Kontrak
BACA: Selebriti Popular Mungkir Janji Selepas Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Buat ‘Paid Review’
Dengar cerita, gadis tersebut sudah lama menyukai lelaki terbabit yang bergerak aktif selaku vokalis bagi sebuah kumpulan indie dan merupakan ‘crush’ kepada penyanyi wanita itu.
BACA: Alamak, Terbeliak Biji Mata Tengok Hos Muslimah Kayuh Basikal Pakai ‘Sport Bra’ Saja!
Malah difahamkan, mereka berdua adalah penuntut di sebuah institusi yang sama tetapi berlainan ‘batch’.
Eh, dah macam cerita novel pula, adik junior ‘tangkap cintan’ dengan abang senior.
Walaupun sedar maruahnya hampir tergadai, namun remaja wanita itu enggan melaporkan kejadian dialaminya kerana ketakutan dan cuma memaklumkannya kepada syarikat pengurusan.
Meski insiden terbabit sudah setahun berlalu, sehingga kini penyanyi itu masih berada dalam trauma. – BOOM!