Anggota kumpulan Ruffedge, Cat Farish mengakui sedang berkawan dengan kakak kepada pelakon Emma Maembong iaitu Shikin.
Cat atau nama sebenarnya, Farish Ramli berkata, dia mengenali Shikin ketika terbabit dalam karnival jualan Aidilfitri.
Kata Cat, hubungan dan wanita berstatus ibu tungga berusia 40-an itu disatukan oleh anak-anaknya.
“Kami mula akrab pada penghujung Ramadan lalu ketika berniaga di karnival.
“Ia bermula daripada anak sulung, Nia Karlyssa yang rapat dan serasi dengan anak perempuan Shikin, Arianna.
“Nia turut menerima kehadiran Shikin, itu yang membuatkan saya terpikat dan ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi,” katanya.
“Ia bermula daripada anak sulung, Nia Karlyssa yang rapat dan serasi dengan anak perempuan Shikin, Arianna.
“Nia turut menerima kehadiran Shikin, itu yang membuatkan saya terpikat dan ingin mengenalinya dengan lebih rapat lagi,” katanya.
Cat yang baru sahaja mengalami kegagalan rumah tangga buat kali kedua pada Januari lalu, berkata, dia enggan main-main dan jika boleh mahu membawa hubungan ke fasa lebih serius.
“Umur saya bakal menginjak 50 tahun dan saya bukan remaja lagi hendak bercinta lama-lama.
“Tiada apa yang hendak ditunggu lagi, jadi saya akan berjumpa dengan keluarga Shikin untuk melamar dia.
“Sebaik keluarga bersetuju, kami akan membawa hubungan ini ke fasa seterusnya. Kami tidak mahu terjerumus dengan dosa dan tidak mahu orang lain juga berdosa kerana memfitnah kami,” katanya.
Terdahulu, Cat mendirikan rumah tangga dengan Hartiny Ramli dan bercerai pada April 2016.
Hasil perkahwinan, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata, Nia Karlyssa, 15, Eva Latheefa, 13, dan Qul Iskandar, 12.
Kemudiannya, Cat berkahwin dengan Suriani Hassan, 37, pada November 2020, namun bercerai Januari lalu. Pasangan ini tidak dikurniakan cahaya mata. – BOOM!