Baru-baru ini penaja utama program realiti All Stars Gegar Vaganza, meluahkan rasa kecewa terhadap pihak produksi yang didakwa bersikap sambil lewa ketika promosi produk dijalankan semasa siaran langsung.
Luahan Azmi atau Boss susu telah mendapat perhatian orang ramai yang rata-ratanya berpendapat pihak produksi sepatutnya lebih peka.
Tambahan lagi, sebagai penaja mereka telah mengeluarkan jutaan ringgit untuk pemasaran dan meningkatkan jualan produk.
Bagaimanapan, disebalik komen-komen daripada netizen terselit pula pandangan bekas penaja program terbabit iaitu Datuk Seri Vida (DSV).
Agak memeranjatkan kerana, DSV telah meninggalkan komen panas membidas Boss Susu.
Menerusi komen tersebut DSV mendakwa Boss Susu seorang yang sombong dan mengarahkan pihak produksi untuk tidak membenarkan dia masuk menonton Gegar Vaganza.
Terdahulu, Boss Susu menerusi hantaran di Facebook mendakwa klip video penaja hanya disiar separuh jalan.
Boss Susu berkata, bukan mudah pihaknya mahu menjual produk tenusu mereka dan telah membayar sejumlah wang yang besar kepada stesen TV.
“Nak bayar juta-juta dekat Astro, saya kena perah ‘nenen’ lembu…Bukan saya petik daun tepi jalan,” katanya. – BOOM!