Mewakili parti Barisan Nasional (BN), nama Datuk Dira Abu Zahar menjadi calon pertama diumumkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berlangsung hari ini.
Difahamkan, Dira atau Khaidira Abu Zahar sejak awal lagi mendahului dua pencabar lain bagi merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rim.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Dira memperolehi sebanyak 4,037 undian, jauh di hadapan calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman dengan 2,170 undian.
Manakala seorang lagi pesaingnya daripada Pakatan Harapan (PH) iaitu Prasanth Kumar pula cuma mengumpul jumlah undi 2,163. – BOOM!