Aktres jelita, Nelydia Senrose yang baru-baru ini dilihat kembali bertudung memberitahu, wujud kerisauan dalam dirinya kerana khuatir kembali ke imej lama.
Nelydia atau Nik Zaris Nelydia Nik Sen, 29, bagaimanapun berkata, sebagai langkah awal dia lebih bersikap selektif terhadap tawaran lakonan bagi memastikan dirinya istiqamah.
BACA: “Eh, Mana Dia Campak Tudung?” – Bercuti Di Bali, Nelydia Senrose Tampil Free Hair
![](https://kru-group.com/boomv3/wp-content/uploads/2023/04/553-1.jpg)
“Saya masih lagi aktif berlakon cuma dengan imej baru ini saya kena ambil masa untuk sesuaikan diri.
BACA: “Risau Hati Berbolak-Balik” – Nelydia Takut Tersilap Percaturan, Perlahan-lahan Berhijrah
“Saya kenal diri saya… kadangkala iman turun naik. Jadi saya tak mahu fikir bukan-bukan dan berharap kekal dengan imej sekarang,” katanya.
Berkongsi tentang Hari Raya Aidilfitri, Nelydia berkata, dia dan suami Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid tidak pulang ke kampung sebaliknya meraikan lebaran di Kuala Lumpur.
Adik kepada pelakon Uqasha Senrose itu juga sentiasa bersedia sekiranya ada pertanyaan tentang zuriat yang menjadi topik perbualan apabila bertemu sanak saudara kelak.
Tidak berkecil hati dengan pertanyaan itu, Nelydia sebaliknya melihat soalan itu sebagai tanda prihatin dan doa agar mereka segera dikurniakan cahaya mata. – BOOM!
Sumber: MSTAR