Terkini, selepas pelantun lagu Di Ombak Resah itu diumum terpilih mewakili Malaysia Championship of Performing Arts (WCOPA) di Amerika Syarikat pada Julai depan, terdapat segelintir netizen yang mempertikaikan usaha Ashira untuk mencari dana ke negara itu.
Menerusi perkongsian di IG miliknya, Ashira yang juga isteri kepada penyanyi Bad Indigo itu bertindak berkongsi syot layar hantaran mesej kepadanya dipercayai ditulis seorang warganet yang mengecamnya.
“Haha rupanya ada juga orang komen pasal dana. Betul la, tak ada dana buat la cara tak ada duit.
“Sikit-sikit up susahlah nak dana pergi US. Lepas tu tak mengaku duh,” komen netizen tersebut.
Tegas Ashira atau nama penuhnya Sharifah Nur Ashira Syed Abdul Aziz, 38, segala kecaman dan komen negatif akan dikongsikan untuk tatapan umum.
Menurut Ashira, dia enggan lagi melayan perasaan sering dikecam sendirian malah dia juga akan dedahkan nama akaun mereka yang meninggalkan komen sedemikian. – BOOM!