Sering diejek, selebriti media sosial iaitu Haqiem Stopa memohon namanya tidak lagi dikaitkan dengan gelaran Ikon Permotoran.
Haqiem atau nama sebenar Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 23, memberitahu dia tidak memerlukan gelaran tidak rasmi itu dan rela melepaskan ‘title’ berkenaan.
“Kalau kata nak lucutkan tu ambillah… memang saya tak nak dan boleh berhenti panggil saya ikon permotoran.
“Kalau rasa ada orang lain layak… pergi bagi pada yang layak.
“Netizen mengecam saya seolah-olah saya menerima ikon permotoran tu secara rasmi itu yang buat saya rasa marah sikit… padahal perkara itu tidak benar, gaji pun tiada buat apa saya nak ambil,” katanya.
Isu Ikon Permotoran ini menjadi pendebatan hebat netizen selepas Haqiem mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal. – BOOM!
Sumber: mStar