Tersilap langkah berkongsi foto bogel dengan ramai wanita hingga tular di laman pornografi, pelakon Dan Benson akhirnya tekad mengubah haluan kerjayanya.
Kata Dan, 36, keputusan untuk memilih jalan tersebut dibuat selepas dia gagal memadam foto tersebut di internet sehingga menyebabkan dia hilang banyak tawaran kerja.
“Menghantar gambar bogel kepada wanita yang tidak dikenali bukanlah satu tindakan yang betul. Mereka memuat naik gambar saya ke laman web porno.
“Saya berusaha untuk padam semua gambar tersebut, namun gagal. Saya juga kehilangan banyak tawaran kerja. Kejadian tersebut membuatkan saya trauma.
“Jadi saya buat keputusan untuk berhenti memadam penyebaran foto itu. Lebih baik kalau saya sendiri sertai laman itu daripada orang lain terus menjual hak privasi saya,” katanya.
Dan yang mula mencipta nama sebagai pelakon kanak-kanak menerusi siri Wizards of Waverly Place sebagai Zeke itu memberitahu, dia semakin seronok mengendalikan kandungan porno tersebut.
“Saya bertemu ramai orang dalam industri filem dewasa dan mengubah hidup saya menjadi seorang yang lebih baik,” akuinya. – BOOM!