Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

D’ Masiv Teruja Nantikan Konsert Sulung Di Malaysia, Rai Ulang Tahun Ke-20 Selaku Pemuzik

09/03/2023
Fiza KamarudinbyFiza Kamarudin
in Concert, Extra, Global
D’ Masiv Teruja Nantikan Konsert Sulung Di Malaysia, Rai Ulang Tahun Ke-20 Selaku Pemuzik

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Legasi seni kumpulan popular Indonesia, D’Masiv tidak pernah terhenti biarpun berdepan cabaran fasa pandemik COVID-19.

Terus mempertahankan perjuangan muzik selama dua dekad, D’Masiv dianggotai Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram) tetap mengatur langkah demi meneruskan kelangsungan kerjaya dalam bidang muzik.

Sempena ulang tahun ke-20, D’Masiv bukan hanya mengadakan siri jelajah menyusuri 20 kota di Indonesia, tahun ini. Malah, Malaysia dipilih menjadi satu salah destinasi bagi meraikan ulang tahun legasi muzik bersama peminat.

Buat julung kali, D’Masiv yang popular menerusi lagu Pergilah Kasih, Jangan Menyerah dan Cinta Ini Membunuhku akan tampil dalam konsert pertama di Malaysia.

Konsert D’Masiv Road To The World anjuran Neptunes Presents ini bakal menggegarkan lokasi prestij, Zepp Kuala Lumpur pada 2 Jun depan.

Penganjurnya yang juga aktres terkenal, Nabila Huda berkata, D’Masiv adalah salah satu kumpulan Indonesia diminati sejak dahulu lagi, namun tidak pernah berpeluang menyaksikan konsert di Kuala Lumpur.

“2023 adalah ulang tahun D’Masiv ke-20, jadi Neptunes Presents ingin membawa D’Masiv bagi meraikan perjalanan muzik dan mendekati peminat di Malaysia di Zepp Kuala Lumpur.

“Awal tahun ini, saya dan keluarga sempat bercuti ke Jakarta, Indonesia. Secara kebetulan, kami kami diundang oleh teman rapat untuk bertemu dengan vokalis D’Masiv, Rian Ekky Pradipta.

“Namun, tujuan asal pertemuan hanya untuk berkenalan. Tiada perancangan pun melamar D’Masiv untuk mengadakan konsert di Kuala Lumpur.

“Bagaimanapun, pengurus D’Masiv amat teruja dengan penganjuran konsert pertama Senandung Malam membabitkan Payung Teduh X Pusakata dan Efek Rumah Kaca yang dibawakan Neptunes Presents pada November, tahun lalu.

“Dari situ, timbul idea sekiranya kami berminat berkolaborasi dengan D’Masiv dalam menganjurkan Senandung Malam Volume 2 di Kuala Lumpur,” katanya.

Anak kepada rockers legenda, Amy Search itu berkata, D’Masiv akan muncul dalam persembahan selama 120 minit pada 2 Jun depan.

“Ini adalah kemunculan pertama D’Masiv di Kuala Lumpur. Jadi, sudah tentu pilihan lagu daripada album pertama sehingga album terbaharu yang akan diperdengarkan,” katanya.

Hingga kini, D’Masiv sudah menghasilkan tujuh album iaitu Perubahan pada 2008, Perjalanan (2009), Persiapan (2012), Hidup Lebih Indah (2014), D’masiv (2016), Love 2019) dan terakhir, Time (2022).

Mengulas projek Senandung Malam, Nabila berkata, pihaknya sedang merancang mengadakan beberapa siri Senandung Malam membabitkan artis dari seberang dan tempatan untuk peminat.

“Konsep Senandung Malam lebih santai dan bertujuan menghiburkan peminat di Malaysia.

“Pemilihan artis juga berdasarkan permintaan peminat yang bukan sahaja dari kalangan kumpulan popular, malah kami teruja membawa penyanyi indie untuk tatapan peminat.

“Saya percaya penyanyi indie memiliki kelompok peminat yang tersendiri,” katanya.

Sehubungan itu, Nabila meminta peminat menantikan pengumuman terbaharu Konsert D’Masiv Road To The World, tidak lama lagi. – BOOM!

Previous Post

Kantoi Edar Ganja Dalam Kedai Vape, Pelakon Bersama Tiga Rakan Berdepan Hukuman Mati

Next Post

[V] Konsert Journey To The Future Live Tour 2023 Bukti Bakat Shila Amzah Tak Perlu Dipertikai!

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Nak Jadi Aliff Syukri Ke Tak Berhenti Buat Kontroversi? “ – Azhar Sulaiman Risaukan Leona

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilabel Artis Biadab Gara-gara Trend Terbaru Di Twitter, Scha Alyahya Terkejut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Shashic – Filzah Kahwin | Ucapan Anzalna Untuk Abah | Rebecca Takut Bersalin | Scha Dilabel Biadab

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anne Minta Nasihat Darling Untuk Terbit Filem Sulung, Jemputan Ke Neraka

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Irfan Zaini Dibenci Dan Dikecam Kerana Watak Jahat – “Saya Dah Bersedia Lebih Awal…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilabel Penipu Berperwatakan Alim Dalam Bidang Bisnes, Suami Heliza Helmi Bakal Failkan Saman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Khidmat CEO Finas Dihentikan Berkuat Kuasa 1 Jun Dengan Bayaran 1 Bulan Gaji, Betul Ke?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilabel Artis Biadab Gara-gara Trend Terbaru Di Twitter, Scha Alyahya Terkejut

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Puteri Sarah Isytihar Syamsul Yusof Sebagai ‘Best Friend’, Ucap Terima Kasih Jaga Anak-Anak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Latar Belakang Suami Fatin Afeefa Dibongkar, Opai Bukan Pedagang Saham Tetapi Penipu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sepatutnya Hari Ini Saya Meraikan Ulang Tahun Finas Ke-42…” – Md Nasir Reda Ditamat Perkhidmatan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    [V] Lama Sorok, Akhirnya Farali Khan Akui Sudah Dinikahi Model Kacak – “Kena Umum Sebab Dah Hamil”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Identiti Aen Syahera Dibongkar, Rupanya Isteri Baharu Suami Pengasas Dnars Lapor Polis?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Ingatkan Sedang Bahagia, Rupa-rupanya Pasangan Aktor Dan Aktres Didakwa Bakal Bercerai?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Delimawati Diuji Lagi, Selepas Hilang Anak Lelaki Tahun Lalu, Anak Perempuan Pula Meninggal Dunia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor Dan Aktres Popular Rupanya Dah Nikah, Bersekedudukan Ketika Bercuti Ke Eropah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Takkan Lari Sebab Dah Sedia Jika Terjumpa” – Dalia Nafi Sindir Ubai Dan Shila Dalam Lagu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dilabel Penipu Berperwatakan Alim Dalam Bidang Bisnes, Suami Heliza Helmi Bakal Failkan Saman

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kami Tiga Beradik Dibuang!” – Anak Pengasas Dnars Dakwa Dikhianati Bapa Tiri?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sanggup Dia Putuskan Hubungan Dengan Saya…” – Bapa Beri Amaran Jika Mark Adam Sakiti Isteri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Advertising
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd