Filem tempatan, Vik2ria Secret, Sazali Meor Coco dan filem Tamil, Kaaval : The Movie mencatat rekod kutipan terburuk tahun 2023 dengan jualan tiket di bawah RM7,000 sepanjang tempoh tayangan.
Mengikut maklumat Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Vik2ria Secret arahan AR Badul yang ditayangkan Jun tahun lalu mencatat kutipan terendah sebanyak RM5,058.90.
Ini diikuti filem Kaaval : The Movie sebanyak RM5,645.10 dan Sazali Meor Coco arahan Zizan Nin sebanyak RM6,990.35.
Pemilik syarikat produksi Sheunik Sdn Bhd yang menerbitkan Vik2ria Secret, Richard Ung ketika dihubungi berkata, dia menganggap untung dan rugi adalah perkara biasa dan risiko yang perlu dihadapi dalam perniagaan membabitkan industri perfileman.
Menurutnya, dia juga terpaksa menerima hakikat apabila filem terbitannya mencatat kutipan terendah selepas ditayangkan mulai 15 Jun tahun lalu. – BOOM!
Sumber: HARIAN METRO