Raih 90 juta subscribers di YouTube, menjadikan BLACKPINK artis pertama mengumpul jumlah pengikut tertinggi di saluran tersebut.
Kumpulan wanita popular dianggotai oleh Jennie, Lisa, Jisoo dan Rose itu juga mengatasi barisan artis lain di seluruh dunia.
Menariknya jumlah tersebut berjaya dikumpul dalam masa tujuh tahun sahaja, selepas saluran YouTube rasmi BLACKPINK didaftarkan pada 28 Jun 2016.
Jumlah tersebut terus meningkat sehingga kini dan kemungkinan berkait rapat dengan konsert jelajah Born Pink yang sedang berlangsung di seluruh dunia.
BLACKPINK juga akan menjadi artis pertama menerima Red Diamond Play Button sekiranya berjaya meraih 100 juta subscribers.
Mendapat gelaran ‘Queen of KPop’, mereka juga menjadi kumpulan wanita pertama dalam sejarah menjayakan konsert berskala besar di empat benua iaitu Asia, Eropah, Amerika dan Australia.
Lebih membanggakan, kesemua tiket siri jelajah tersebut habis terjual. – BOOM!