Pemakaian pelakon cantik, Kilafairy ketika hadir ke sebuah acara korporat pada minggu lalu menjadi bualan panas warganet yang menyifatkan tidak sesuai dengan imej wanita Muslimah.
Mengenakan gaun rona hitam mengikut potongan badan dengan perhiasan berwarna perak sebagai aksesori, ramai memberikan respons negatif kepada Kila, di samping menegurnya.
Ada yang mengatakan, busana digayakan Kila itu agak sendat sehinggakan di bahagian belakangnya menampakkan bentuk punggung.
Bagaimanapun, pelakon berusia 30 tahun itu tidak berdiam diri selepas menyedari namanya diperbualkan umum dan tampil membalas komen-komen warganet.
“Kalau tak suka, jangan ikut. Hanya Allah yang tahu perjalanan saya. Awak Tuhan ke? Tidak? Jadi selamat tinggal,” bidasnya.
Pada masa sama, ada juga para pengikutnya yang menegur secara baik dengan mendoakan agar Kila terus istiqamah dan dapat mematuhi pemakaian Muslimah sepenuhnya. – BOOM!