Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

Amy Dedah Pihak Ketiga Punca Kemelut, Tetap Teruskan Legasi Search Dengan Barisan Baharu

01/01/2022
Syarrizuan RashidbySyarrizuan Rashid
in Entertainment, Exposé, Extra
Amy Dedah Pihak Ketiga Punca Kemelut, Tetap Teruskan Legasi Search Dengan Barisan Baharu

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sejurus Search memperkenalkan ahli terkini mereka termasuk Denden Gonjales selaku vokalis, Amy tampil bersuara menetapkan pendirian untuk meneruskan jenama kumpulan itu dengan barisan baharunya.

Membuka lembaran tirai kalendar 2022, kemelut ahli kumpulan rock legenda berkenaan menjadi antara fokus dalam radar industri hiburan tempatan.

Memetik laporan BH, Amy atau nama sebenarnya Suhaimi Abdul Rahman, 63, mendakwa sikap tidak profesional dua pemain gitar Search, Noordin dan Kid menjadi punca dia mengundurkan diri.

Dia turut memberitahu, campur tangan pihak ketiga juga menjadi penyebab terhadap kemelut yang melanda kumpulan berusia lebih empat dekad itu.

Pada masa sama penyanyi dengan signatur ‘phewit’ itu menegaskan, dia akan terus menggunakan nama kumpulan ikonik tersebut untuk barisan baharu yang membariskan pemuzik ternama seperti Nasir Daud (bass), Hillary Ang (gitar) dan Man Kidal (gitar).

Buat kali pertama membuka mulut membicarakan isu persengketaan yang berlaku, Amy, mengakui kesabarannya tidak mampu dibendung selepas berlaku insiden kemuncak kepada segala kekecewaan terhadap dua pemain gitar adik-beradik terbabit.

“Bukan saya menjadi punca terhadap kontroversi timbul, malah merekalah pencetus. Cuma sebelum ini saya mengambil sikap mendiamkan diri.

“Gagal hadir latihan dan sesi promosi album serta konsert sudah menjadi perkara biasa. Bayangkan, ketika rakaman album Katharsis, Noordin tidak menghabiskan rakaman.

“Perbuatannya jelas menggambarkan betapa dia tidak hormatkan penerbit iaitu Datuk M Nasir dan anggota Search lain termasuk pelabur bagi pembikinan album, Datuk Zaharul.

“Saya bukan tidak matang seperti yang didakwa, tetapi sudah bosan melayan kerenah Noordin dan Kid yang lebih banyak menyusahkan,” katanya.

Tambah Amy, konflik dalaman Search timbul disebabkan campur tangan pihak ketiga yang cuba ‘menunggang’ nama Search demi kepentingan peribadi.

“Tindakan pihak ketiga ini mengundang pelbagai persepsi negatif dalam kalangan netizen terutama peminat Search. Sebagai band berpengalaman selama 40 tahun, kami amat terbuka dalam soal perniagaan.

“Susulan itu, saya dan Nasir berbincang mencari jalan penyelesaian terbaik untuk menyelamatkan Search daripada jatuh ke tangan pihak yang tiada kena-mengena,” ujarnya.

Amy berkata, dia terpanggil bertemu Nasir selepas kerap memujuknya kembali ke pangkuan Search.

“Perjumpaan penuh makna ini dipenuhi dengan perbincangan mengenai keadaan Search ketika itu. Saya menuntut beberapa syarat jika mahu saya kembali. Antara syarat, Search harus kembali ke pangkal jalan iaitu bersama anggota asal yang pernah bersama sejak 1981 demi meneruskan legasi Search. Jujurnya, saya bahagia bersama barisan anggota asal Search ini,” katanya.

Search sewaktu Amy dan Nasir masih berada dalam kumpulan itu

Sementara itu, Nasir turut mempersoalkan tindakan dua beradik itu yang mengguna pakai nama Search untuk meneruskan ‘survival’ dalam bidang seni.

“Noordin dan Kid tidak yakin dengan kemampuan diri. Apa yang sebenarnya berlaku adalah mereka mahu membolot Search bersama pihak lain.

Barisan terbaru Search

“Mereka berbohong dan merosakkan jenama yang pernah berpayung. Saya harap mereka sedar tindakan yang dilakukan. Search hanya satu. Selain daripada itu, hanya Search palsu!” tegasnya. – BOOM!

Previous Post

Pelakon Remaja Wanita Paling Boom! Sepanjang 2021

Next Post

“Lambang Titik Peluh Saya” – Wani Kayrie Hadiahkan Dirinya Sebuah Kereta Jenama Mewah

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • [V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular

    [V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Amboi, Sakannya Berparti Dah Free Hair Ke? Betullah Gosip Fasal Artis Berhijab Tu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Gambar Dan Video Tular Itu Bukan Saya!” – Mia Sara Nafi Tanggal Tudung Pergi Parti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bukti Diana Curang | Ramadan Terakhir Nabil | Penyanyi Teguk Arak? | Bini Tuntut Fasakh

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Silap Saya Sorok Hal Sebenar Daripada Ibu Sebab Sarah Setiap Hari Dengan Dia” – Syamsul Yusof

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Raya Macam Rockstar Kumpul Zamani, Rahmad, Zarul Dan 30 Rockers Legend Berbaju Melayu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Tahun Ke-7 Habiskan 10 Ramadan Terakhir Di Mekah, Nabil Doa Rumah Tangganya Dipelihara

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Afiq Muiz Dakwa Diduakan – “Isteri Kalau Baik Tak Apa Juga, Ni Perangai Macam Iblis!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Selebriti Usahawanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Hijab Berparti Liar | Anak Shu Dirawat Psikiatri | Ifa Sabotaj? | Aishah Lali Diejek

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • [V] “Amboi, Sakannya Berparti Dah Free Hair Ke? Betullah Gosip Fasal Artis Berhijab Tu?

    [V] “Amboi, Sakannya Berparti Dah Free Hair Ke? Betullah Gosip Fasal Artis Berhijab Tu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sudah Bersuami, Pembaca Berita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Personaliti TV Anak Ikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Baru Balik Clubbing, Aktor Tersondol Kenderaan Lain Gara-gara Memandu Dalam Keadaan Mabuk

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kes Persetubuhan Luar Nikah Didedah Kepada Umum, Ira Kazar Failkan Saman Terhadap JAWI

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Gambar Dan Video Tular Itu Bukan Saya!” – Mia Sara Nafi Tanggal Tudung Pergi Parti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dalam TV Alahai Sopan Bertudung, Masuk Kelab Salin Tak Tumpah Macam ‘Bitch’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Artis Hijab Berparti Liar | Anak Shu Dirawat Psikiatri | Ifa Sabotaj? | Aishah Lali Diejek

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pertelingkahan Syamsul Dan Aaron, Ini Respons Sharnaaz Ahmad Apabila Namanya Dipetik

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Aktif Buat Hubungan Seks, Justeru Ramai Tanya – “Ira Kazar Dah Kahwin Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    Tahniah Shabil Iman! Anak Datuk AC Mizal Dengan Bekas Isteri Bertunang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Amboi, Sakannya Berparti Dah Free Hair Ke? Betullah Gosip Fasal Artis Berhijab Tu?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Klip Penyanyi Kumpulan Pop, Cucu Artis Veteran Sedang Teguk Air Kencing Setan Tular

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Anak Tiri Miera Leyana Dedah Sikap Bapa Selepas Berpoligami – “Kenapa Ayah Berubah?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Kamal Adli Alami Kecederaan Di Kepala Diserang Lelaki Tidak Dikenali Di Singapura

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Pelakon Hampir Lumpuh Ditolak Budak, Netizen Dedah Hal Sebenar, Petik Nama Artis Senior

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Derita Terkena Buatan Orang Konon, Padahal Hisap Dadah – “Kesian Bini Dia Kena Belasah”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Kontroversi Watak Abah Dalam Mentega Terbang, Firdaus Akui Hanya Penuhi Peranan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Nama Syella Dikaitkan Dengan Kontroversi Bekas KPN – “Lah Nama Kena Petik…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Sudah Bersuami, Pembaca Berita Jalin Hubungan Terlarang Dengan Personaliti TV Anak Ikan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd