Peragawati terkemuka, Alicia Amin berasa hairan dan terkejut apabila dikatakan sedang menjalin hubungan dengan bintang baharu iaitu Amir Ahnaf.
Alicia ketika ditemui pada majlis pelancaran Anugerah Bintang Popular Berita Harian Ke-35 (ABPBH 35) baru-baru ini menegaskan, gosip yang disebarkan itu tidak benar sama sekali.
“Kami bercakap pun tak pernah, apatah lagi berjumpa. Ternyata itu khabar angin tidak berasas.
“Bahkan, saya memang tidak pernah berjumpa dengan Amir dalam mana-mana acara hiburan sebelum ini.
“Cuma saya pernah bersemuka adalah dua rakan Amir iaitu Nadhir Nassar dan Mierul Aiman,” jelas pemilik nama penuh Raja Alicia Raja Amin, 27.
Selain itu, menyentuh tentang penglibatannya dalam ABPBH 35 kali ini, Alicia bersyukur apabila dicalonkan menerusi dua kategori iaitu Aktres Filem Wanita Popular dan Pasangan Filem Popular bersama heronya, Syazuwan Hassan dalam naskhah The Disappearance Of Irdina Adhwa. – BOOM!