Selepas berkongsi dirinya bebas dari si jahat kanser limfoma, penyanyi dan pelakon Elyana Emrizal terus me nikmat hidupnya dengan gembira.
Ada saja perkongsian bermanfaat darinya dengan pengikut di semua platform laman sosial miliknya.
Terbaharu, wanita berusia 34 tahun ini berkongsi kejadian lucu membabitkan dirinya ketika sedang makan di sebuah gerai.
Penyanyi yang popular dengan lagu Niat ini memuat naik video dia memakai baju yang sama dengan seorang lagi wanita yang makan di gerai berkenaan.
“Argh, dah lebih 10 tahun tak kena kes. Sumpah tak nak pakai dah!” Tulisnya yang memakai baju bercorak harimau bintang (leopard).
Perkongsiannya di TikTok itu mendapat lebih 22,000 tanda suka dan lebih 1,000 komen.
Disember lepas, pelakon filem Dukun ini mengumumkan dia bebas dari derita kanser yang ditanggung sejak 11 tahun lalu. – BOOM!