Penyanyi dan pelakon Abby Abadi menyedari berita kontroversi membabitkan anak keduanya, Marissa Dania Hakim seperti yang didakwa seorang wanita menerusi laman sosial X (Twitter), sejak semalam.
Abby menerusi ruangan sosial Instagram Story, berkata, dia akan menjawab mengenai tohmahan terhadap Marissa tidak lama lagi.
“Tentang isu yang viral ni…Takpe, sila komen-komen dulu…Cari pahala ya…Nanti saya jawab…Memang sedap bersangka-sangka, menambah-nambah cerita dan menunding jari pada org ni,” tulisnya.
Pada hantaran tersebut, Abby turut memaparkan fotonya bersama Marissa.
Sementara itu, tinjauan BOOM! di laman sosial bapa Marissa, Norman Hakim, tiada apa-apa yang dimuat naik aktor popular tersebut, sehingga artikel ini ditulis.
Sementara itu, Marissa pula dilihat menyahaktif laman sosial Instagramnya.
Terdahulu, seorang wanita dikenali sebagai Misya menulis bebenang di laman X mendakwa rumah tangganya diganggu Marissa.
BACA: Wanita Dakwa Anak Kedua Abby Abadi, Norman Hakim Penyondol, Ada Bukti Check-In Hotel
Dakwa wanita tersebut, Marissa pernah berjanji tidak akan mengganggu suaminya dikenali sebagai Aslam, tetapi ia hanya cakap kosong.
Sebaliknya Misya menemui bukti baharu mendakwa Aslam dan Marissa telah membuat tempahah bilik hotel di Bukit Bintang.
Bebenang Misya menjadi tular dan sedang hangat diperkatakan wargamaya. – BOOM!