Mungkin kerana sudah tidak tahan kesabaran asyik diuji, penyanyi Shila Amzah meminta wanita dikenali sebagai Eiza, keluar dari kediaman miliknya yang terletak di Hulu Langat, Selangor.
Shila atau Nurshahila Amir Hamzah, 33, turut memberi tempoh sehingga Jumaat ini kepada wanita yang dipercayai kekasih adiknya Amir Syafiq itu, untuk keluar dari banglo berkenaan.
Kata peserta program Famili Duo musim 3 (FD3) itu lagi, dia juga tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang jika Eiza berdegil.
Dalam pada itu, Shila berkata, Eiza berpindah masuk ke banglo itu tanpa kebenarannya malah sejak tahun lalu pernah meminta wanita itu keluar melalui ibunya, Fauziah Sarman.
Malah Shila turut memberi amaran agar wanita itu tidak lagi mengeluarkan sebarang kenyataan tentang dirinya dan keluarga di media sosial atau berdepan tindakan.
Dalam hantaran lain, Shila turut menjawab beberapa soalan warganet mengenai Eiza.
Antaranya, tempoh masa Eiza tinggal di rumah tersebut.
Dan menurut Shila, wanita tersebut sudah tinggal di kediamannya sejak 2021.
Kemelut keluarga Shila menjadi perhatian selepas adiknya, Syada Amzah mendakwa bakal dihalau keluar daripada kediaman mereka.
Syada turut mendakwa banglo milik kakaknya itu bakal dijual selain sedang mencari rumah sewa.
BACA: “Dah Kena Buang, Kena Halau Lagi…” – Syada Amzah, Cari Rumah Sewa Untuk Keluarga
Isu tersebut berlarutan apabila Syafiq pula mendakwa Shila tidak membuat sebarang perbincangan tentang keinginan menjual rumah tersebut.
Syafiq juga memberitahu banglo tersebut merupakan rumah pusaka yang menggunakan nama Shila sebagai pemilik selain memintanya menukar hak milik kediaman itu kepada nama ibu mereka. – BOOM!