Semalam kecoh di media sosial berhubung video dimuat naik usahawan kontroversi, Datuk Seri Aliff Syukri.
Klip memaparkan Aliff mengamuk gara-gara pasu hiasan miliknya berharga RM400,000 dipecahkan Yana Samsudin ketika menjalani penggambaran sebuah program di rumah usahawan berkenaan hangat diperbualkan.
BACA: [V] Aliff Syukri Mengamuk Yana Samsudin Tak Mahu Bayar RM400,000 Selepas Pecahkan Pasu
Malah Aliff juga mendakwa pasangan tersebut tidak membayar ganti rugi terhadap kerosakan seperti dijanjikan sehingga mendorongnya memuat naik video tersebut.
Bagaimanapun, penerbit bagi rancangan raya itu iaitu Aliff Farhan tampil membuat permohonan maaf kepada Yana, Fadzil dan Aliff atas insiden yang terjadi.
“Selaku penerbit program, saya mohon maaf secara terbuka kepada kedua-dua pihak, Yana dan Fadzil serta Aliff.
“Insiden ini berlaku akibat sedikit salah faham semasa penggambaran sedang dijalankan.
“Saya tidak boleh mengulas lanjut mengenai perkara ini kerana tidak mahu mengeruhkan lagi keadaan,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Alif juga menjelaskan bahawa permasalahan itu masih lagi dalam perbincangan.
Namun, meninjau di ruangan komen, netizen mendakwa situasi dipaparkan tidak benar melainkan hanya sekadar publisiti murahan. – BOOM!