Boom! Malaysia
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia
No Result
View All Result
Boom! Malaysia

[VIDEO] “Silap Kami Tak Kaji Dulu” – Perlekeh Busana Tradisi Melayu, Bunga Mohon Maaf

25/12/2021
Abang DeebyAbang Dee
in Entertainment, Exclusive, Exposé, Extra
[VIDEO] “Silap Kami Tak Kaji Dulu” – Perlekeh Busana Tradisi Melayu, Bunga Mohon Maaf

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Sebaik video muzik single Amaran yang menampilkan Siti Nordiana bergandingan dengan Bunga Isme dilancarkan beberapa minggu lalu, banyak pihak memuji keunikan karya berkenaan.

Mengetengahkan adunan muzik EDM dan irama Melayu, ternyata Amaran menawarkan nuansa melodi segar buat halwa telinga para pencinta lagu tempatan.

Namun klip video bertemakan era kemelayuan lama dengan hasrat ingin mengangkat budaya dan warisan tanpa disedari terselit cela yang memalit kecacatan.

Ini kerana watak srikandi yang dibawa oleh Bunga dikatakan bercanggah dari sudut pemakaian adat gara-gara mengenakan tanjak milik pahlawan lelaki.

Kostum srikandi wanita yang tanpa sedar dipadankan dengan tanjak lelaki telah membangkitkan isu kebudayaan.

Menjelaskan isu yang timbul, Bunga atau Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 21, akui, dia kurang arif tentang jenis pakaian tradisi mengikut istiadat Melayu.

“Saya cuma memakai pakaian yang disediakan pihak produksi tanpa mempersoalkan hal-hal terperinci.

“Keputusan untuk mengenakan tanjak tersebut juga diputuskan oleh pengarah dan saya hanya menurut kemahuannya.

“Tak sangka pula sejurus video muzik ditayangkan, timbul isu mengatakan saya bersikap sambalewa terhadap etika pemakaian busana tradisi berkenaan,” ceritanya yang dikenali menerusi single sulung bertajuk Intan Payung, nyanyian bersama Noraniza Idris.

Tambah Bunga, kesilapan itu mungkin disebabkan kelemahan pasukan produksi ketika membuat kajian secara terperinci.

Tidak melatah, Bunga secara merendah diri mengakui kesilapan yang berlaku dan berharap menjadi pengajaran di masa hadapan.

“Jika benar saya berbuat salah, saya mohon maaf kerana tidak membuat kajian dengan teliti dan moga kecuaian ini dijadikan iktibar,” tutur penyanyi rap remaja wanita itu. – BOOM!

Previous Post

[VIDEO] “Mungkin Nak Beli Pangsapuri Dan Kereta” – Roh Bajet Rendah Tetapi Bakat Mahal

Next Post

“Mereka Bukan Calang-Calang” – Aweera Hargai Persaingan Sihat, Kemenangan Satu Bonus

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Boom! Hari Ini

  • Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Erra Fazira Selar Fitnah | Kes Cerai Noor Nabila Sharnaaz Tegur Netizen | Netizen Respect Kak KM Santuni Ibu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Nak Sensasi Pun Jangan Buat Fitnah!” – Erra Fazira Selar Blog Sampah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Mommy Jebat Okay, Strong Lady” – Sharnaaz Ahmad Minta Netizen Tak Campur Urusan Peribadi Orang Lain

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] “Keputusan MRI Tidak Begitu Baik, Mungkin Allah Nak Suruh Rehat” – Anzalna

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Takkan Lari Sebab Dah Sedia Jika Terjumpa” – Dalia Nafi Sindir Ubai Dan Shila Dalam Lagu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Raih Tempat Ketiga, Liza Hanim Seronok Kutip Pengalaman Berbeza Dalam The Masked Singer

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Nampak Sakit, Ramai Simpati Tengok Keadaan Terkini Mamat Exist – “Dia Sakit Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kak Lina Dikritik Menggangu Persembahan Peserta GV-9, Jawab Jac – “Memang Dirancang”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Nak Sensasi Pun Jangan Buat Fitnah!” – Erra Fazira Selar Blog Sampah

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Noor Nabila Sahkan Bakal Bercerai Dengan Engku Emran Dalam Masa Terdekat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Zarina Zainuddin Dedah Kekasih Azal? – “Semoga Ada Jodoh Mereka Berdua…#AzalRahmah”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mondy Tattoo Lapor Polis Dakwa Dirogol Ebit Lew, Polis Sahkan 13 Saksi Telah Dipanggil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Caprice Umum Isteri Sudah Lima Bulan Hamil

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Noh Salleh Tamat Zaman Duda, Sah Bergelar Suami Kepada Fatin Athira

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Itu Tangan Andi Arsyil, Pelakon Indonesia, Rakan Niaga Saya…” – Puteri Sarah Liyana

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Noor Nabila, Engku Emran Sah Bercerai Talak Satu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Aktor Veteran Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Bulan Ini

  • [V] “Yang Orang Nampak Dia Baik, Tapi Orang Tak Tahu Jahatnya, Kotornya Dia…” – Mondy

    [V] “Yang Orang Nampak Dia Baik, Tapi Orang Tak Tahu Jahatnya, Kotornya Dia…” – Mondy

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Aslam, Jom Jumpa” – Danish Hakim

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Kau Pijak Lumat Maruah Mak Bapak Kau, Tebalkan Muka Berdepan Kami Semua…” – Kakak Misya

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [V] Bekas Suami Misya Dakwa Sudah Nekad Berubah, Tetapi Tewas Kerana ‘Si Dia Kejar-kejar’

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Naqiu Juara Minggu Pertama All Star Gegar Vaganza! Ini Keputusan Penuh…

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Wanita Dakwa Anak Kedua Abby Abadi, Norman Hakim Penyondol, Ada Bukti Check-In Hotel

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Juliana Evans Tampil Buat Kejutan Bersama Puterinya Peraga ‘Jamais Vu’, Koleksi RTW Hatta Dolmat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Bawa Pelajar Tonton ‘Konsert Maksiat’, PU Syed Tegur Pengurusan Tahfiz

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Abby Abadi Tahu Dakwaan Anak Dituduh Penyondol – “Tak Apa Sila Komen Dulu, Nanti Saya Jawab…”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Aktor, Aktres Kantoi Bercium Di Malam Merdeka…Dekat Kelab Malam Pula Tu, Berani Ya!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exclusive
  • Exposé
  • Power Poll
  • Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • About Us
  • Privacy Policy
  • Contact Us
  • Jurnal Malaysia

All Rights Reserved © 2023 KRU Media Sdn Bhd