Boom! Malaysia
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us
No Result
View All Result
Boom! Malaysia
No Result
View All Result
 
 

[VIDEO] “Saya Tabik Ellie!” – Khatijah Tan Tekad, Datang Set Lakonan Tanpa Persediaan

30/07/2022
Scha OnebyScha One
in Celebrity, Exclusive, Film
[VIDEO] “Saya Tabik Ellie!” – Khatijah Tan Tekad, Datang Set Lakonan Tanpa Persediaan

Follow:

Facebook Twitter Youtube Instagram Linkedin Tiktok Telegram

Share:

ShareTweetShareSendShare

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik 2002, Khatijah Tan pastinya mempunyai alasan tersendiri apabila tekad melangkahkan kaki ke set filem Saadiah: Bekal Kasih Merdeka tanpa sebarang persediaan.

Hal itu diakui Khatijah ketika kunjungan BOOM! ke lokasi penggambaran naskhah berkenaan di Kampung Sauk, Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

“Saya tak pernah buat begini, datang ke set, berlakon dengan tangan kosong dan tanpa persediaan,” katanya memulakan bicara.

Khatijah Tan tidak membuat persiapan menjadi Saadiah. 

Membawakan watak Saadiah pada era 2012, Khatijah menganggap lakonannya kali ini satu cabaran besar apabila melakonkan karakter yang sememangnya wujud.

 

“Susah bila kita lakonkan watak ini sebab orang akan bandingkan saya dengan Saadiah sebenar. Lebih-lebih lagi mereka yang mengenalinya.

“Jujurnya bila saya diberikan skrip oleh pengarah, Ellie Suriaty dan saya baca, air mata saya mengalir deras dan menusuk ke jiwa kerana cerita ini sangat besar.

“Saya beritahu Ellie, saya tak buat persiapan. Selalunya saya akan bersedia dan buat kajian terhadap watak saya, tapi kali ini tidak,” katanya.

Tambahnya, dia menyerahkan kepada Ellie untuk membentuk dirinya menjadi Saadiah dan tidak mahu penonton melihat dirinya sebagai Khatijah Tan.

Baginya, Ellie berjaya tonjolkan keupayaan yang jauh tersimpan dalam dirinya meskipun julung kali bekerja di bawah arahan wanita terbabit.

Khatijah Tan hormat Ellie.

“Saya tabik Ellie! Dia ada sesuatu yang pengarah lain tiada. Dia pandai gali dan korek apa yang seseorang pelakon itu miliki.

“Jujurnya, saya sudah banyak bawa watak sedih, tetapi kali ini sangat halus. Ia menggambarkan seorang wanita yang mencintai dan merindui suaminya. Namun pada masa sama, perasaan itu menyakitkan,” ceritanya.

Malah kongsi pelakon yang sudah membintangi hampir 50 buah filem dan ratusan drama itu, suaminya sendiri memuji lakonannya selepas menonton sedutan babaknya sedang mengayuh basikal.

“Sewaktu menjayakan adegan itu, bulu roma saya naik. Suami susah nak puji, tetapi dia akui yang dilihatnya bukan Khatijah Tan, tetapi Saadiah,” katanya tersenyum.

Khatijah berkata, pengalaman menjayakan filem itu memberikan sesuatu yang baharu dari aspek penghayatan dan emosi kerana nakshahnya menuntut komitmen tinggi.

Saadiah diinspirasikan daripada kisah balu anggota polis yang berbasikal setiap hari selama 37 tahun untuk menghantar makanan kepada suaminya, Allahyarham Alias Nik Daud yang hakikatnya sudah tiada.

Ini kerana, Alias meninggal dunia pada 1975 setelah terkorban akibat diserang hendap pengganas komunis sewaktu bertugas sebagai jurupandu bot di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gerik, Perak.

Filem terbitan Pencil Pictures & Records milik Datuk Ayu Puteh itu turut dilakonkan oleh Azrel Ismail (Alias) dan Kaka Azraff (Saadiah 1975).

Mengikut perancangan, ia dijadualkan menjengah pawagam pada tahun hadapan bersempena sambutan Hari Polis atau Hari Pahlawan. – BOOM!

Previous Post

“Salam Jumaat Bidadari Syurga” – Genap Setahun Sarah Pergi, Setiap Hari Shuib Teringatkan Arwah

Next Post

“Kau Ingat Dia Nak Ke Nyanyi Macam Tu?” – Hattan Simpati Nasib Menimpa Ning Baizura

10 Pempengaruh Dunia Masakan

Undi Sekarang! 👇

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

 

Boom! Hari Ini

  • [VIDEO] Kantoi Bermesraan Depan Khalayak, Zul Ariffin Dan Ruhainies Kahwin Dalam Diam?

    [VIDEO] Kantoi Bermesraan Depan Khalayak, Zul Ariffin Dan Ruhainies Kahwin Dalam Diam?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sangat Aib!” – Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • 10 Atlet Selebriti Wanita Paling BOOM!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dah Tak Tahan, Ajak Dedah Perangai Menjengkelkan Shahrol Shiro, Geli Dipanggil Sahabat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Tolong Block Si Diana Ni!” – Neelofa Naik Hantu Baca Komen Netizen Ketika Live

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Kesian Anak Bini Dia!” – Gelekan Aliff Syukri Dan Baby Shima Dicerca Khalayak

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dituduh Gay? Dr Say Kata – “Kami Hidup Bersama, Isteri Tahu Orientasi Seks Saya”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] “Inilah Peluang Saya Nak Perbetulkan Salah Silap” – Natasha Elyzza Semakin Selesa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Dilayan Buruk Staf Machine KLCC, Sekali Bunga Balas – “Gaji Aku Lagi Banyaklah!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Boom! Minggu Ini

  • Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    “Sangat Aib!” – Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kantoi Bermesraan Depan Khalayak, Zul Ariffin Dan Ruhainies Kahwin Dalam Diam?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Didakwa Aktif Buat Hubungan Seks, Justeru Ramai Tanya – “Ira Kazar Dah Kahwin Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Lah, Poster Pun Plagiat?” – Filem Gadis Jolobu The Movie Teruk Dikritik Penonton

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Dah Tak Tahan!” – Masih Dalam Idah, Adrea Abdullah Dan Zul Selamat Sah Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Dia Siapa Nak Kritik Filem Saya?” – Penerbit Gadis Jolobu The Movie Bakal Saman ZhafVlog

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Isu Elyana Buka Tudung – “Saya Tertekan Sebab Warganet, Betul-betul Give Up!”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dah Tak Tahan, Ajak Dedah Perangai Menjengkelkan Shahrol Shiro, Geli Dipanggil Sahabat

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Mungkin Benar Kata Mereka…” – Hubungan Aedy Ashraf Dan Amelia Henderson Berakhir?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 

Boom! Bulan Ini

  • Didakwa Aktif Buat Hubungan Seks, Justeru Ramai Tanya – “Ira Kazar Dah Kahwin Ke?”

    Didakwa Aktif Buat Hubungan Seks, Justeru Ramai Tanya – “Ira Kazar Dah Kahwin Ke?”

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Sangat Aib!” – Koleksi Foto Dan Video Seks Artis Popular Bocor, Papar Aksi Luar Biasa

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Dah Tak Tahan!” – Masih Dalam Idah, Adrea Abdullah Dan Zul Selamat Sah Bercerai

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dua Bulan Failkan Perceraian, Noh Salleh Dan Mizz Nina Bercerai Talak Satu Semalam

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Hanya Allah Yang Tahu” – Perkongsian Tersirat Mizz Nina Undang Tanda Tanya Umum

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kantoi! Identiti Sultan Pemurah Dikenal Pasti, Netizen Sahkan Dia Adalah Kacak Anak Vida

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Saya Doakan Mereka Kaya!” – Didakwa Scammer, Myra Khan Kelar Pergelangan Tangan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Dipetik Kumbang Bernama Adib Fahmi, Si Bunga Cantik Wany Hasrita Sah Bergelar Isteri

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • “Rumahnya Berselerak” – Hos Money Matters TV3, Zalina Azman Dilaporkan Hilang

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • [VIDEO] Kantoi Bermesraan Depan Khalayak, Zul Ariffin Dan Ruhainies Kahwin Dalam Diam?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
 
Boom! Malaysia

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd

Navigate Site

  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

Follow Us

No Result
View All Result
  • Home
  • Exposé
  • Exclusive
  • Power Poll
  • BOOM! Music
    • BOOM! TOP100
    • BOOM! Lit
  • Movies
  • About Us
  • Contact Us

All Rights Reserved © 2022 KRU Media Sdn Bhd