Pelakon kacak Ben Amir mendedahkan baru-baru ini dia terpaksa melalui prosedur pembedahan di bahagian mata kerana terlibat dalam satu kemalangan pada Jun lalu.
Menurut Ben atau nama penuhnya Muhammad Amir Sabaruddin, 32, dia hampir buta kesan daripada kemalangan tersebut yang mengalami kecederaan teruk.
“Tanpa sebarang amaran, saya hampir buta. Kemalangan yang mengubah pandangan saya tentang kehidupan.
“Proses pemulihan yang sangat sukar dari segi mental dan fizikal. Saya tertekan dan lemah,” akuinya.
ARTIKEL BERKAITAN: “Ampunkan Saya Jika Pernah Melukai Sesiapa” – Ben Amir Jalani Pembedahan
Sebaik menjalani pembedahan kira-kira dua bulan lalu, dia kini beransur pulih daripada kecederaan dialami.
“Hari ini keadaan semakin baik dan rasa kuat kembali. Terima kasih Allah kerana membantu saya,” ujarnya memanjatkan syukur.
Ben turut berterima kasih kepada semua pihak yang sentiasa mendoakan kesejahteraannya ketika dia berada di tahap paling bawah. – BOOM!