“Sudah tiba masanya saya bersuara mengenai perkara ini. Saya dah penat dan percaya netizen pun letih,” itu kata pengarah Syamsul Yusof mengenai kontroversi rumah tangga melibatkan dirinya.
Kenyataan tersebut dibuat Syamsul menerusi rakaman video di Instagram pada malam Sabtu berhubung dakwaan sudah bernikah dengan Ira Kazar.
BACA: “Dah Keluar Gua, Play Victim Pula… Tak Apa, Janji Settle!” – Puteri Sarah Sindir Syamsul Yusof?
Sehubungan itu Syamsul berharap dengan penjelasan itu, semua tanda tanya mengenai krisis rumah tangganya dengan Puteri Sarah akan berakhir.
Syamsul berjanji akan menjawab semua persoalan dalam masa terdekat tanpa membuka aib sesiapa.
“Cuma bezanya nanti, penjelasan saya itu tidak sama seperti dilakukan Puteri Sarah. Saya tidak mahu membuka pekung atau aib sesiapa.
“Insya-Allah dalam masa terdekat, saya akan leraikan satu persatu kepada umum supaya semua persoalan ternoktah,” katanya.
Dalam masa sama, Syamsul meminta diberi sedikit masa untuk menyelesaikan semuanya.
Selain itu, pengarah tersebut turut memberi penjelasan alasannya mengunci mulut ketika didakwa berkahwin secara rahsia dengan Ira.
“Dilahirkan dalam keluarga seni dan bergelar selebriti, saya sedar diri ini sering menjadi perhatian.
“Tetapi hal perkahwinan adalah perkara peribadi. Hal dalam kain tidak manis untuk dikongsi kepada khalayak ramai.
“Namun, selepas setengah tahun hal rumah tanga kami dikongsi Puteri Sarah di media sosial, media cetak dan elektronik, jadi saya rasa sudah sampai masanya untuk jelaskan segala-galanya,” katanya.
Syamsul sebelum ini mengeluarkan kenyataan mahu memfailkan saman RM10 juta terhadap Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) yang didakwa mengeluarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya. – BOOM!