Sedar dirinya pondan, bagaimanapun Nur Sajat tidak sesekali melupakan atau mengabaikan kedua-dua anak angkatnya yang berada dalam jagaan orang tuanya di kampung halaman.
Kini menetap di Australia dan beribu batu jauhnya daripada anak-anak, Sajat atau Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman berkata, dia selalu menghubungi mereka bertanya khabar
Menerusi hantaran video di akaun TikTok, dia berkongsi rasa kecewa terhadap segelintir lelaki yang bersikap acuh tak acuh menunaikan kewajipan mereka sebagai bapa untuk memberi nafkah.
“Kalau jenis tahu buat anak saja, lepas tu hubungan dengan isteri gagal, tak jaga anak-anak, maknanya awak bukan lelaki!
“Malah darjat awak adalah lebih teruk daripada pondan!” tegasnya menempelak kaum Adam yang dianggap bapa durjana.
Dia pada masa menegaskan tidak pernah lupa tanggungjawabnya dalam memastikan keperluan anak-anak serba mencukupi.
Sementara itu, rata-rata warganet bersetuju dan terhibur mendengar celoteh Sajat yang menegur dalam nada berseloroh, tetapi amat mendalam.
Malah ada antara mereka mendoakan agar usahawan selebriti tersebut dibukan pintu hati menerima hidayah Allah, sekali gus kembali ke pangkal jalan menjadi seorang lelaki sejati yang soleh. – BOOM!