Pelakon remaja Qistina Raisah kembali menjadi bualan ramai selepas tular video dirinya bersama seorang lelaki yang jauh lebih berusia.
Menerusi video dimuatnaiknya di media sosial, Qistina tampil mendedahkan bahawa lelaki yang rancak diperkatakan itu adalah abang kandungnya, Henry.
Dalam rakaman itu, Qistina, 14, berang dengan tuduhan liar segelintir warganet yang membuat andaian tersendiri tanpa menyemak kesahihan.
“Saya cuma marah netizen yang bodoh. Kalau nak jadi netizen sangat tak kisah, tetapi tolong jadi bijak sikit.
“Kalau tengok TikTok Henry dekat bawah-bawah tu dah nampak saya sambut raya dengan dia.
“Kalau dah sambut raya bersama, dah tentulah dia tu abang saya,” jelasnya.
Dalam pada itu, pemilik nama Nur Qistina Raisah Mohd Kamarol Azri, 14, menggesa agar netizen tidak menyibuk dengan kehidupan peribadinya.
“Lain kali sebelum nak kecam tengok dulu Instagram saya. Henry tu siapa, abang saya ke?
“Confident kata itu bukan abang saya. Kau ni kenapa?
“Jangan busy body sangat hidup tu boleh tak? Kau lagi tua daripada aku tapi otak itu macam bongok ja. Sakit hati aku!” getusnya.
Sebelum ini, Qistina pernah dituduh berpelukan dengan seorang lelaki di khalayak umum, namun dia menafikan sekerasnya. – BOOM!
hahaha yg satu lagi tu apa pulakk ??? mesra semacammm dalam keta baju sama ijo