Pelakon Hafidz Roshdi mengucapkan rasa syukur dan teruja apabila dapat bertemu dengan dua anaknya, Humairah dan Umar.
Hafidz berkongsi momen menggembirakan itu menerusi laman sosial Instagram (IG)nya, sambil memaklumkan sudah tiga bulan tidak bersua dengan anak-anaknya itu.
“Bismillah, perjumpaan dengan Humairah dan Umar selepas hampir tiga bulan tidak berjumpa, bayangkan rindunya seorang Abah pada anak-anaknya macam mana?,” luah Hafidz.
Difahamkan Hafidz ke kediaman mentuanya di Kangar, Perlis untuk berjumpa dua permata hatinya itu.
Dalam beberapa hantaran berbeza, Hafidz dilihat melayani anak-anaknya dengan penuh kemesraan selain membawa buah tangan dan permainan untuk mereka.
Sebelum ini, Hafidz pernah mendedahkan Nurul Shuhada menghalangnya berjumpa Humairah dan Umar namun perkara tersebut dinafikan wanita itu.
Berikutan krisis antara mereka, aktor tersebut mendakwa dia hanya berpeluang berhubung dengan kedua-dua anaknya hanya menerusi panggilan video.
Baru-baru ini Hafidz turut meluahkan hasrat ingin menyambut hari raya Haji dengan anak-anaknya. – BOOM!