Sejak 4 Oktober lalu, seorang pengguna Instagram dikenali sebagai Mia Lara telah mengirim rangkaian hantaran yang mengaitkan nama artis remaja popular iaitu Ismail Izzani.
Kurang jelas tujuan sebenar gadis tersebut bertindak demikian, namun agak merimaskan apabila hantaran dalam bentuk teks serta gambar itu dihantar setiap hari.
BACA: “Itu Semua Fitnah” – Jawab Spekulasi Liar, Ibu Nafi Ismail Izzani Nikah Dalam Diam
Dari hari ke hari menerima dan membaca kiriman teks Mia ke peti masuk (inbox) akaun Instagram BOOM!, dapat diamati gaya penulisan digunakan Mia menggambarkan tahap kewarasan akalnya.
Tidak berlebihan sekiranya si Mia ini sebenarnya bukan gadis Melayu seperti mana diakuinya dalam perbualan bersama BOOM!
Malah hendak mempercayainya seorang anak kelahiran Malaysia pun agak sukar memandangkan dia tidak tahu menulis dengan betul.
Seolah-olah cara percakapannya seperti gadis mentah tidak mempunyai pendidikan, bangsa asing yang menterjemah setiap teks menggunakan aplikasi Google Translate.
Berdasarkan mesej yang diterima, Mia mengakui pernah membomohkan bekas kekasih Ismail iaitu Shalma Eliana.
Dan mesej-mesejnya selepas itu agak sukar untuk difahamkan maksud yang ingin disampaikan.
Ia termasuklah menggesa agar ibu Ismail iaitu Datin Suliza Salam menyegerakan majlis perkahwinan penyanyi itu dengan seorang gadis yang baru-baru ini didakwa telah bernikah dalam diam.
Mendengar pesanan suara dihantarnya, Mia seakan-akan teruja menantikan saat Ismail berkahwin dengan perempuan dimaksudkannya dalam gambar tular sebelum ini. – BOOM!