Sudah mendirikan rumah tangga selama hampir lapan bulan, pasangan Najwa Latif dan Akwa Arifin mula ditebak soalan tentang zuriat.
Baru-baru ini Najwa dan Akwa telah berkongsi ucapan tahniah daripada peminat yang menyangka penyanyi Cinta Muka Buku itu sedang hamil.
Menafikan diri sedang hamil, reaksi Najwa dan Akwa menjawab ‘ucapan tahniah’ tersebut mencuri perhatian warga TikTok.
“Amin, walaupun tak pregnant lagi but Amin…Sebenarnya bukan pregnant, salah! Tapi perut buncit….,” kata Najwa atau lebih mesra dengan panggilan Wawa itu.
Akwa kemudiannya mencelah dan berkata; “Alhamdulillah….kenyang,” sambil ketawa.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengikut memuji Najwa dan Akwa kerana tidak melenting malah, positif menjawab pertanyaan yang dianggap sensitif oleh sesetengah pihak.
“Bagusnya diaorang ni, postif je…Semoga diberikan rezeki zuriat tidak lama lagi,” kata seorang pengikut.
“Comel!”
“Cutenya dua-dua! Dari zaman remaja ikut Wawa sampai dah kahwin, OMG!”
“Sweetnya you all berdua, semoga Allah kurniakan zuriat yang soleh dan solehah nanti, Insya-Allah,” komen yang lain pula.
Najwa dan Akwa diijab kabulkan pada 11 November 2022 dalam sebuah majlis tertutup di di Batu Pahat, Johor. – BOOM!