Pelakon Hafidz Roshdi mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Kuala Kubu Bharu hari ini atas tuduhan menyebabkan kecederaan ke atas isterinya.
Terdahulu Hafidz tiba di mahkamah dengan menaiki sebuah kenderaan pikap pada jam 8.32 pagi sebelum masuk ke kompleks mahkamah dengan diiringi lima individu dipercayai termasuk peguam mewakilinya.
Sebelum ini, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dilaporkan berkata, pelakon berusia 29 tahun akan didakwa di Mahkamah Kuala Kubu Baharu, hari ini.
Katanya, suspek akan dituduh mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
@boom.malaysia Kita biarkan mahkamah mengadili kes ini #boom #boommalaysia #artismalaysia #artist #celebrity #star #icon #idol #no1 #viral #trending #fyp #2023 #mahkamah #nurulshuhada #hafidzroshdi ♬ original sound – Boom! Malaysia
Pada 2 Mac lalu, pelakon terbabit dipercayai menumbuk isterinya di R&R Sungai Buloh sebelum ditahan polis, bagi membantu siasatan kes itu.
Sumber: Bharian