Sutradara terkenal, Shahrulezad Mohameddin atau Budak Ijat merayu agar usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida tidak melacurkan agama dalam usahanya mempromosikan video muzik (MV) terbaharu, Ku Ikhlaskan.
Ijat berkata, Vida tidak sepatutnya mencari publisiti murahan sehingga dilihat seolah-olah menunggang agama Islam yang mulia ini apatah lagi sedang menghampiri Ramadan.
“Tolong jangan tunggang agama kita, tolonglah. Saya merayu ni!
“Lebih bagus duit RM400,000 yang Datuk labur untuk buat MV tu disedekahkan kepada pusat tahfiz dan anak yatim berbanding belanja mahal-mahal macam tu.
“Lepas tu Datuk pancing penonton suruh tonton dengan gula-gulakan kami menggunakan strategi pemasaran murah begini,” ulasnya di media sosial.
ARTIKEL BERKAITAN:
Mahu Bina Pusat Tahfiz, Vida Ajak Netizen Buat Pahala Dengan Tonton MV Ku Ikhlaskan
Berdasarkan entri dimuatnaiknya, Ijat turut berkongsi keratan akhbar menunjukkan kenyataan Vida atau Hasmiza Othman, 51, yang berhasrat mengumpul dana bagi membina pusat tahfiz serta rumah anak yatim. – BOOM!