Kisah pasangan selebriti Fattah Amin dan Fazura terus mencuri perhatian peminat sejak kebelakangan ini.
Terbaharu, Fazura memuat naik satu hantaran di Instagram yang memperlihatkan sejambak bunga yang diterima daripada suaminya, Fattah Amin, bersempena dengan hari lahirnya.
Hantaran tersebut turut menampilkan sekeping kad ucapan manis daripada Fattah yang ditujukan khas buat Fazura.
“Selamat hari lahir Mommy. Daddy doakan di hari kelahiran Mommy sentiasa happy, dimurahkan rezeki, diberi perlindungan Allah, kebahagiaan dunia dan akhirat selamanya,” tulis Fattah dalam kad ucapan itu.
Sebagai tanda penghargaan, Fazura mengucapkan terima kasih kepada suaminya.
“Thanks Daddy Fatima,” tulis Fazura ringkas.
Terdahulu, pada 13 September yang lalu, Fazura dilaporkan telah memfailkan permohonan cerai terhadap Fattah Amin, satu berita yang mengejutkan ramai pihak.
Walau apa pun, kita hanya mampu mendoakan yang terbaik buat pasangan selebriti ini. Semoga segalanya dipermudahkan dan baik-baik sahaja untuk mereka. – BOOM!