Pendedahan Bella Astillah berkenaan tindakan seorang heroin drama yang mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz sememangnya membuatkan ramai geram.
Mana tidaknnya, kisah ‘penyondol’ yang setiap hari ada sahaja di media sosial telah membuatkan ramai pihak memandang serong kepada orang ketiga dalam mana-mana hubungan perkahwinan.
Susulan itu, pelakon terkenal, Nabila Huda, 38 menyelar tindakan heroin drama tersebut, sekali gus memerli tujuan utamanya berlakon.
“Siapa perempuan itu? Yang jalani penggambaran sekali dengan Aliff ke? Mari sini aku ganyang dia, mengada-ngada tersuka suami orang. Nak jadi pelakon atau pelacur di set penggambaran?
“Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon,” katanya.
Ujarnya lagi, tindakan aktres tersebut cuba menggatal dengan suami orang boleh menjejaskan reputasi wanita terutamanya pelakon yang memang mencari rezeki dalam bidang seni.
Pendedahan Bella Astillah berkenaan tindakan seorang heroin drama yang mengaku tersuka suaminya, Aliff Aziz sememangnya membuatkan ramai geram.
Mana tidaknnya, kisah ‘penyondol’ yang setiap hari ada sahaja di media sosial telah membuatkan ramai pihak memandang serong kepada orang ketiga dalam mana-mana hubungan perkahwinan.
Nak jadi pelakon ke pelacur?
Susulan daripada itu, memetik laporan dari Kosmo! pelakon terkenal, Nabila Huda, 38 telah menyelar tindakan heroin drama tersebut dan memerli aktres itu sama ada ingin menjadi pelakon ataupun pelacur ketika hadir ke set pengambaran.
“Siapa perempuan itu? Yang jalani penggambaran sekali dengan Aliff ke? Mari sini aku ganyang dia, mengada tersuka suami orang.
“Nak jadi pelakon atau pelacur di set penggambaran? Itu antara salah satu sebab yang boleh merosakkan kerjaya sebagai seorang pelakon,” katanya.
Ujarnya lagi, tindakan aktres tersebut cuba menggatal dengan suami orang boleh menjejaskan reputasi wanita terutamanya pelakon yang memang mencari rezeki dalam bidang seni.
Tegas Nabila, dia menyarankan agar aktres tersebut fokus kepada kerjaya dan tugas yang harus diselesaikan daripada sibuk jatuh cinta kepada mana-mana individu di set pengambaran.
“Tolonglah buang sikap nak jatuh cinta di set, tersuka atau terlanjur. Fokus terhadap apa yang awak lakukan, jadi pelakon hebat bukannya pelacur yang bagus,” ujarnya.
Komen itu susulan perkongsian Bella Astillah berhubung cubaan seorang aktres yang ingin ‘menyondol’ suaminya dengan meninggalkan mesej mengatakan sudah ‘tersuka’ dengan Aliff Aziz. – BOOM!
Sumber: KOSMO!