Penyanyi terkenal, Syura Badron berkongsi berita duka apabila suaminya, Muhammad Farizat Ismail, dimasukkan ke hospital akibat melecur teruk di bahagian muka, kaki, dan tangan.
Menerusi hantaran di Instagram, Syura menjelaskan insiden itu berlaku pada Jumaat lalu ketika mereka berada di sebuah tempat penginapan di Perlis.
“Dengan berat hati saya ingin maklumkan bahawa suami saya dimasukkan ke hospital kerana melecur teruk akibat letupan gas memasak.”
Syura turut memohon doa orang ramai agar suaminya segera sembuh.
“Mohon doa dari semua semoga diberikan kesembuhan buat suami dan kekuatan untuk kami menghadapi ujian ini.”
Syura, 37, turut menyifatkan suaminya sebagai lelaki yang sangat kuat kerana mampu tersenyum meskipun menahan kesakitan.
“Awak lelaki yang sangat hebat. Dalam menahan sakit, awak masih mampu tersenyum untuk saya dan anak-anak. Semoga Allah angkat sakit awak dan berikan kesembuhan secepatnya.”
Di ruangan komen, ramai rakan artis dan peminat memberikan kata-kata semangat, selain mendoakan kesembuhan buat suaminya.
Sebagai info, Syura mendirikan rumah tangga dengan Farizat pada 22 Januari 2022, selepas sembilan tahun memegang status ibu tunggal. – BOOM!