Pengarah terkenal, Syamsul Yusof akhirnya kembali ke pangkuan keluarga setelah sekian lama tidak bertemu.
Berita gembira itu dikongsi sendiri oleh ibunya, Datin Patimah menerusi satu hantaran di Instagram pada Rabu.
Dalam foto yang menyentuh hati, Syamsul dilihat mesra berpelukan dengan kedua ibu bapanya sambil mendukung anak perempuannya, Sumayyah 4 tahun ditemani bekas isteri, yang juga pelakon, Puteri Sarah Liyana.
Perkongsian terbaru ini seolah memberi harapan baru bahawa hubungan Syamsul dengan keluarga dan Puteri Sarah kini berada dalam fasa yang lebih baik.
Sebagai info, Syamsul dilaporkan sudah lama tidak berhubung dengan keluarganya selepas konflik rumah tangganya bersama Puteri Sarah, yang berakhir dengan perceraian tahun lalu.
Keadaan bertambah rumit apabila Syamsul bernikah secara rahsia dengan Faghirah Fatini Kazaruddin atau lebih dikenali sebagai Ira Kazar di Thailand.
Namun, perkahwinan itu berakhir dengan perceraian pada 5 September lalu selepas berlaku pelanggaran taklik oleh pihak isteri. – BOOM!